Family Viral

[VIDEO] Adik Ajak Main Tapi Abang Penakut, Ragam 2 Budak Viral Ini Lucu Habis

[VIDEO] Adik Ajak Main Tapi Abang Penakut, Ragam 2 Budak Viral Ini Lucu Habis

Sharing is caring!

Setiap insan yang bergelar ibu bapa pasti sangat teruja melihat gelagat anak-anak membesar di hadapan mata sendiri. Meskipun ada kalanya emosi atau bermacam karenah nakal mereka yang perlu dilayan, namun ragam comel serta lucu yang ditampilkan pasti membahagiakan lagi hidup kita. Samalah seperti video yang sedang tular di laman Twitter baru-baru ini yang menampilkan gelagat dua budak comel tapi salah seorang daripada mereka enggan bermain sama.

BACA: [VIDEO] Kemain Feeling Sampai Tertutup Mata, Dua Beradik Tak Nak Kalah Menyanyi

Nak kawan dengan abang…tapi agresif sangat

Menurut ibu kepada bayi yang dikenali sebagai Hariez Ilham (berbaju kuning) ini, anaknya teruja mahu ajak sepupu melakukan aktiviti bersama-sama ketika mereka berkumpul di sebuah homestay baru-baru ini. Oleh sebab itu, dia sendiri cuba merangkak ke arah saudaranya setiap kali terlihat kelibatnya. Namun entah apa puncanya, budak lelaki tersebut dilihat seperti takut untuk main bersama Ilham dan berusaha mengelakkan diri daripadanya.

Sorang mat saleh…sorang Kpop


Menariknya, sepupunya itu tidak pernah menolak jatuh atau menyakiti Ilham meskipun dia kurang berminat untuk main sekali. Sebaliknya, dia sendiri yang jatuh terlentang gara-gara ditolak dan ditarik oleh kanak-kanak berusia 11 bulan lebih itu. Dalam pada itu, ibunya turut bermurah hati untuk berkongsi foto comel kedua-dua budak lelaki berkenaan.

Ajak main macam ajak gaduh…comel je

Siapa sangka, rakaman yang hanya berdurasi kurang daripada 40 saat itu telah mencuri perhatian ramai netizen serta meraih lebih 30 ribu retweets setakat ini. Selain berasa terhibur melihatkan aksi ditampilkan oleh kedua-dua si cilik berkenaan, rata-rata mereka turut mendakwa bahawa tubuh Ilham yang lebih ‘semangat’ mungkin telah menakutkan sepupunya itu.

[VIDEO] Adik Ajak Main Tapi Abang Penakut, Ragam 2 Budak Viral Ini Lucu Habis

[VIDEO] Adik Ajak Main Tapi Abang Penakut, Ragam 2 Budak Viral Ini Lucu Habis


[VIDEO] Adik Ajak Main Tapi Abang Penakut, Ragam 2 Budak Viral Ini Lucu Habis

[VIDEO] Adik Ajak Main Tapi Abang Penakut, Ragam 2 Budak Viral Ini Lucu Habis

Sumber: Twitter twt_alia


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!