Family Isu Semasa Keibubapaan

[VIDEO] Adik Summayyah Nangis Teresak-Esak, Tak Percaya Ayah Kesayangan Tiada

[VIDEO] Adik Summayyah Nangis Teresak-Esak, Tak Percaya Ayah Kesayangan Tiada

Sharing is caring!

Siapa saja yang tak mengenali jelingan tajam adik ini yang videonya pernah tular sambil bercakap dalam loghat Kedah suatu masa dulu. Dengan dialog “makanan pun beli sendighi naa…”, itu saja pun sudah cukup untuk membuatkan ramai terkenang rakaman terbabit. Namun malangnya pada Jumaat lalu, adik Summayyah telah mendapat perkabaran yang tidak disangka-sangka bahawa ayah tercinta telah pergi selama-lamanya.

BACA: Sempat Gurau Nak Jumpa Di Syurga, Ibu Sedih Anak Temui Ajal Dalam Kolam Terbiar

 

[VIDEO] Adik Summayyah Nangis Teresak-Esak, Tak Percaya Ayah Kesayangan Tiada

Summayyah menangis teresak-esak…tak dapat kawal emosi & sedih kehilangan ayahnya

Menerusi Instagram yang menampilkan kanak-kanak tersebut, Summayyah nyata tidak mampu menahan sedih atas kehilangan tersebut. Anak kecil itu malah turut beberapa kali dilihat mengelap air matanya. Setelah itu, adik Summayyah ini ditenangkan dan didakap oleh ibu yang berada di sampingnya. Difahamkan, namanya yang indah itu turut diilhamkan oleh Allahyarham dengan harapan anaknya boleh jadi hebat seperti dalam kisah Islam dahulu.

[VIDEO] Adik Summayyah Nangis Teresak-Esak, Tak Percaya Ayah Kesayangan Tiada

Rata-rata netizen bersama-sama… melahirkan rasa sebak

Secara keseluruhannya, video ini telah memperoleh lebih daripada 100 ribu jumlah tontonan dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Sehubungan itu, rata-rata mereka mengucapkan salam takziah serta tersentuh tatkala melihat emosi anak kecil tersebut yang kehilangan orang tuanya. Bukan itu sahaja, mereka juga memberikan kata-kata semangat kepada adik Summayyah dan berdoa agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

[VIDEO] Adik Summayyah Nangis Teresak-Esak, Tak Percaya Ayah Kesayangan Tiada [VIDEO] Adik Summayyah Nangis Teresak-Esak, Tak Percaya Ayah Kesayangan Tiada [VIDEO] Adik Summayyah Nangis Teresak-Esak, Tak Percaya Ayah Kesayangan Tiada

Sumber : IG mayah_ciwi

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!