[VIDEO] Air Mata Kebahagiaan! Ibu Bapa Ini Terharu Anak Sudi Hadiahkan Mercedes

Sejak dari dalam kandungan lagi, pengorbanan insan yang bergelar ibu bapa tidak ternilai banyaknya. Mana taknya, lahir sahaja seseorang anak itu pasti akan dijaga dengan baik hinggakan tiada seekor nyamuk pun boleh mendekatinya. Oleh hal yang demikian, setiap anak perlulah sentiasa berusaha untuk menghargai jasa dan budi mereka. Dan perkara ini tak semestinya dicapai menerusi keputusan akademik yang cemerlang sahaja seperti yang dilakukan oleh seorang wanita ini.

BACA: [VIDEO] Sanggup Buat Surprise Demi Menantu, Ragam Sweet Mentua Ini Jadi Viral!

Beberapa hari lalu, usahawan yang dikenali sebagai Nor Suhana (Sue) ini telah melakukan satu surprise istimewa buat kedua-dua orang tuanya. Menerusi perkongsian yang dilakukan menerusi Facebook miliknya, Sue memang sudah lama memasang impian untuk memberikan hadiah yang berupa sebuah kereta buat mereka yang selama ini tidak jemu-jemu membesarkannya. 

Kejayaan harini sebenarnya berkat doa Ma Abah yang tak pernah putus..

Semoga hadiah yang tak seberapa ni mampu buat Ma Abah bahagia..

Tiada benda yang paling bahagia selain melihat kegembiraan Ma & Abah

Jika diperhatikan dari awal paparan video lagi, ibu kepada 2 orang anak ini seperti sebak kerana terlalu teruja dapat membelikan sebuah kereta Mercedes kepada insan teristimewa dalam hidupnya itu. Gara-gara terharu dengan pemberian bermakna itu, ibu bapa mereka juga dilihat mengalirkan air mata kegembiraan dan memeluk erat Sue.

Alhamdulillah…ijazah tak jamin anak yang soleh atau solehah

Sejak dimuatnaik pada 19 September yang lalu, video berkenaan telah menjadi tular apabila dikongsikan hampir 900 kali. Selain sebak melihatkan paparan berikut, rata-rata netizen turut berbangga dengan usaha yang dilakukan ini dan menyifatkannya sebagai inspirasi untuk masyarakat di luar sana.

Sejahat mana ibu ayah…mereka lah insan yang membesarkan kita

Semoga kejayaan Sue memberi inspirasi kepada semua

Sumber: FB Nor Suhana

Apa Komen Anda?