[VIDEO] Ajai ‘Set’ Rekod Baru ICSYVM, Habis Semua Penyanyi Disingkirkan!

Saban minggu, program nyanyian realiti ‘I Can See Your Voice Malaysia’ Musim Ke-2 seringkali menjadi perhatian ramai peminat rancangan ini. Ada sahaja drama atau gelagat yang mencuit hati serta mengagumkan berlaku saat penyanyi jemputan mahu mencari pemenang acara mingguan ini. Menariknya episod kali ini menampilkan penyanyi Ajai selaku artis tersebut sambil dibantu oleh para panel penyiasat, termasuklah Sufian Suhaimi dan ikon media sosial iaitu Kak Girl.

BACA: “Ingatkan Penyamar, Sekali..” – Persembahan Ella & ‘Bina2 Malaysia’ Padu Habis!

Singkir 5 penyanyi sebenar…tak pernah dibuat orang!

Meskipun Ajai memiliki kredibiliti sebagai salah antara komposer yang disegani di Malaysia, namun ramai tidak menyangka bahawa dia tidak mampu untuk mengenalpasti penyamar yang berselindung dalam kalangan 6 orang peserta tersebut. Malah, kesemua peserta yang disingkirkan dalam setiap segmen terdiri adalah antara  penyanyi yang berbakat muncul dalam rancangan hiburan itu.

Hasilnya, Ajai telah mengekalkan peserta lelaki yang bernama samaran ‘3,2,1 Action!’ ini sebagai rakan duetnya di akhir program tersebut. Meskipun bergelar satu-satunya penyamar dalam episod kali ini, namun siapalah dapat menafikan kejayaannya membawa pulang RM3 ribu hasil penyertaan dalam program ini.

Memang rezeki dia lah…tapi Jihan sangat meyakinkan

Dalam pada itu, netizen yang terhibur dengan program malam tadi turut memberikan reaksi masing-masing di ruangan komen video tersebut. Walaupun ada yang menganggap Ajai tidak bernasib baik dalam memilih penyanyi sebenar selaku pemenangnya, namun ramai yang terhibur dengan perwatakan Jihan Muse yang  ‘terlalu meyakinkan’ agar peserta itu dipilih sebagai pemenangnya. Untuk rekod, peserta bernama Shafiq Safuan Ismail, 20, merupakan seorang pelakon teater dan juga penuntut di sebuah institusi pengajian tempatan.

Sumber: IG tv3malaysia & YouTube TV9MALAYSIA Official

Apa Komen Anda?