Sedekad ini, industri hiburan Korea Selatan telah menjadi fenomena besar di negara kita. Selain perkembangan muzik, drama atau filem, negara itu juga boleh menjadi contoh terbaik buat Malaysia termasuklah aspek gaya hidup serta pendidikan. Mungkin agak cliche, tetapi tidak dinafikan juga bahawa pengaruh ini turut menyebabkan sesetengah masyarakat berimpian untuk mencari teman istimewa dari negara republik tersebut.
BACA: [Foto]Macam Novel, ‘Wedding Photoshoot’ Pengantin Korea-Malaysia Raih Perhatian
Ajar boyfriend Bahasa Melayu sikit
Baru-baru ini, sebuah video yang memaparkan gelagat sweet antara seorang gadis tempatan bersama teman lelakinya dari Korea Selatan telah menjadi viral . Menariknya, pengendali akaun Twitter yang dikenali sebagai Sabrina ini telah mengajar jejaka tersebut untuk bercakap dalam Bahasa Melayu.
Taught my bf some malay 😜 pic.twitter.com/DFRJxEP9kD
— Sabrina 오리나 (@jpbrinx) December 6, 2019
Bercinta dengan oppa
Ibarat bulan jatuh riba. Itulah perumpamaan yang paling tepat untuk menggambarkan percintaan yang dialami oleh gadis Melayu berusia 19 tahun ini. Jika sebelum ini ada pengantin Malaysia-Korea berkenalan sewaktu melancong, namun lain pula bagi gadis ini. Dia bertemu dengan cinta hatinya sewaktu melanjutkan pengajian di Seoul.
Comelnya…boyfriend ada kawan oppa lain tak?
Secara keseluruhannya, paparan berdurasi 23 saat itu telah meraih lebih 200 ribu tontonan dan 14 ribu retweets setakat ini. Selain memuji kecomelan yang ditampilkan oleh kedua-dua remaja tersebut, mereka turut berseloroh bahawa cemburu dengan Sabrina yang berjaya menambat hati seorang oppa.
Sumber: Twitter jpbrinx
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura