[VIDEO] Aksi Hero Kucing Siam Jadi Viral, Selamatkan Bayi Nyaris Jatuh Tangga

Seperti diketahui umum, kucing adalah antara jenis haiwan peliharaan yang cukup popular di serata dunia. Walaupun terdiri daripada ratusan jenis baka serta spesis, namun antara faktor istimewa dimiliki oleh haiwan comel ini adalah telatah mereka yang sangat manja dan mencuit hati. Mungkin ada yang tidak tahu bahawa kucing sebenarnya berkebolehan untuk melindungi pemiliknya sama seperti anjing.

BACA: Baru Hajat Nak Pakaikan Songkok Masa Raya, Tapi Kucing Gadis Ini Akhirnya..

Selamatkan bayi daripada jatuh tangga

Baru-baru ini, seekor kucing yang diberi nama Gatubela telah dijulang sebagai hero apabila menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki daripada terjatuh di kawasan tangga yang agak curam. Menerusi klip rakaman CCTV yang berdurasi kira-kira 45 saat itu, ia dilihat sempat mengalih perhatian bayi tersebut tatkala merangkak ke arah pintu bilik.

Segera meluru & tarik bayi dari kawasan tak selamat

Dalam paparan awal video tersebut, kanak-kanak yang dikenali sebagai Samuel ini dilihat sedang merangkak atas lantai sementara Gatubela pula berada di atas sofa. Apabila bayi berusia 1 tahun itu semakin mendekati tangga gelap itu, kucing tersebut segera meluru ke arahnya dan seakan-akan menarik baju sekali.

Mujur dia berpusing & masuk semula ke dalam bilik

Meskipun tidak diketahui sama ada kucing Siam itu mahu bermain dengannya atau menyedari risiko yang bakal terjadi, tetapi mujurlah kanak-kanak itu telah berpusing dan masuk ke arah ruag itu semula. Haiwan itu dilihat turut melompat ke atas badan Samuel selepas keadaan itu reda.

Kalau tak tengok CCTV, mesti kucing tu dah kena sebab cederakan baby

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen memuji keberanian dan tindakan pantas yang dilakukan oleh kucing bermata biru tersebut. Tidak ketinggalan, sesetengah pihak mula mempersoalkan sikap ibu bapa atau penjaga yang tidak menutup pintu bilik berkenaan sehingga mengundang risiko terhadap si kecil.

Sumber: New York Post & Twitter TypicalMsian

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?