[VIDEO] “Aku Dah 2 Bulan Dalam Badan Ni”- Akibat Dengki, Bonda Rozita Disihir!

Bergelar seorang usahawan terkenal yang kaya-raya, tak mustahillah jika ada pihak yang tidak berpuas hati dan berdengki dengan Bonda Rozita Ibrahim. Menerusi entri terbaru di Instagram miliknya, telah dikongsikan satu video memaparkan sesi rukyah yang dijalaninya baru-baru ini. Melalui kapsyen, Bonda juga menjelaskan bahawa dia tidak menyangka bahawa dirinya turut mempunyai gangguan jin akibat sifat dengki manusia. 

BACA: “Nenek Nak Jual Yusoff” – Ini Reaksi Baim Bila Diusik Nenek

6 jin dihantar dalam badan saya berusia 175 tahun

Menurut Bonda, dalam dunia yang serba moden ini sikap dengki manusia tak dapat dielakkan. Malah ada yang sehingga sanggup menghantar sihir untuk mengakhiri hayat seseorang kerana perbuatan syirik seperti ini tidak dapat dihidu oleh undang-undang dan siasatan poIis. Akhirnya mereka terdorong melakukan kesalahan ini untuk memenuhi nafsu kejahatan diri walaupun bakal dikenakan hukuman hebat di alam lain kelak. 

View this post on Instagram

Sihir utk bunuh sy secara halus 6 jin dihantar dlm badan sy berusia 175 tahun ( pesakit xleh kontrol diri masa tu wlu zikir dm hati sbb jin tu sakit dn panas akn bersoal jawab dgn mualij) . Video full kat you tube sy Rozita ibrahim, selepas rukyah jin tu akn cakap melalui pesakit dgn mood berbeza2 ..Sy tunjuk diri sy wlu sy boleh ambik ramai testimoni sebenarnya tp xnak buka aib orang . Ahad lepas kami Test Mualij , Staf dn sy pun xtahan masa tu staf & sy x bangun sampai hari ni muntah dn kelaur darah. . Suami sy merata ubat org sampai dok Australia pun panggil ( suami sy dh x aktif mcm dulu sekadar bantu org saja ..wlupun rukyah dia sangat ramai yg suka) . Istilah ganguan frequency negative ialah ganguan makhluk halus menyebabkan . Roh sakit > ( sbb kita xjaga amal atau terlebih ketawa, khayal sedih itu x dibolehkan ) . dan roh disakiti > ( disihir atau dikuasai oleh saka keturunan , makhluk hinggap jin asyik dn sebagainya) . 2 benda berbeza antara Jasad ( nampak dr segi logik akal ) dn roh ( xnampak logik akal manusia ) ..yg kendali atau drive badan mansia ialah roh sbb tu roh perlukan makanan dn kekuatan..Ada penyakit yg blh dilihat dgn mata kasar dn penyakit yg x blh dilihat dgn mata kasar.. Al Quran menceritakan semua ttg roh dn ubat pd penyakit manusia..Kebesaran Ilmu Allah luas xtercapai dek akal jugak pun.. . nak cari testimoni utk perubatan islam mmg sy x sampai hati nk tunjuk orng punya, selama ini sgt byk bila suami sy buat rawatan xnak mengaib kan org . Ahad lepas sebenarnya adalah menguji mualij dn kebetulan sy dn qistina mmg ada gangguan benda tu kasi kesan pd kami ( bukan lakunan ya) Jadi, ini adalah salah satu kebesaran Allah bahawa roh kita patut dijaga dgn zikrullah.. bila kita terleka walau sekejap pun.. benda itu akan menghancurkan bdn.. walaupun org itu hafaz Al Quran.. imam besar sekali pun.. tetap diganggu dn disihir.. . Kalau kita lihat kpd sejarah Rasulullah SAW pun di sihir.. zaman skrg mmg modern.. tapi terlalu ramai org kembali kpd sifat jahiliah.. dengki yg sanggup merosakkan kehidupan org lain.. matikan org pun sanggup sbb x dpt dikesan dek undang2 dn polis ..

A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on

Patutlah 2 bulan lepas saya rasa berat belakang 

Pada awalnya, Bonda Rozita hanya ingin menguji kepakaran pengamal perubatan IsIam itu bagi melihat sama ada mereka sesuai atau tidak memberi perkhidmatan perubatan rukyah secara percuma di rumah hutannya. Ia adalah atas inisiatif Bonda sendiri sebagai wakaf dan kifayah bagi membantu masyarakat. Ujian tersebut dibuat pada dua anak perempuan dan juga dirinya terlebih dahulu. Namun Bonda sendiri tidak menyangka bahawa dia juga mempunyai gangguan jin sehingga sesi rukyah itu bertukar cemas semasa gilirannya. 

View this post on Instagram

Sy dgn abang aji Test Mualij 10 orang ..Sy lbh kpd interview basic yg company JRM perlukan berkaitan gaji dn mahir ialah suami sy lah ttg rukyah ( sy xpandai) . Susunan bacaan yg dia nk tau cara kaedah & bacaan yg dipakai, Test utama pd Qis dan Icah ..tp sy dn Qis yg kena teruk akhirnya . Sy xtau yg sy juga ada gangguan ptutlah 2 bulan lepas sy rasa berat belakang . Semasa dibacakan pesakit xkan boleh kontrol pelakuannya sbb Makhluk yg mengacau x tahan, dibacakan ayat pembakar , memujuk , mengikat . Sy dh biasa tengok abang aji merubat sejak 15 tahun lalu ( bila test mualij sy xsangka sy kena semalam dn lesu macam kena hiris2 badan lepas kena rukyah , kini sy masih lemah) . Sy x perlu citer apa punca atau sebagainya memadai utk test utk cari yg terbaik mualij yg akn mengubat rukyah surau rumah hutan ini . Kamis ni bermula sesi rukyah dn diutamakan pd penginap rumah hutan ( lepas rukyah badan sgt sakit dn x berdaya )

A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on

Tambahnya lagi, ketika bacaan rukyah dibacakan, pes4kit tidak mampu melawan ataupun mengawal perlakuannya. Tegas Bonda Rozita lagi, apa yang dipaparkan dalam video itu adalah kejadian sebenar dan bukannya lakonan. Boleh dilihat dalam video tersebut dia beberapa kali cuba melawan dan melepaskan diri namun seringkali tertewas apabila kepalanya dipegang oleh ustaz tersebut. Difahamkan, suaminya juga mempunyai kemahiran dalam perubatan rukyah. 

Sumber: Youtube Rozita Ibrahim, IG bondarozitaibrahim

Apa Komen Anda?