Family

[VIDEO] Alif Satar Rajin Melayan Anak Baca Buku, Tapi Kapsyen Sebak Pula

[VIDEO] Alif Satar Rajin Melayan Anak Baca Buku, Tapi Kapsyen Sebak Pula

Sharing is caring!

Seperti yang diketahui umum, ibu adalah orang yang paling dekat dengan anak. Tetapi, jika bersama ayah ada saja perkara lucu yang jadi. Walaupun ayah penat bekerja, mereka akan cuba untuk meluangkan masa bersama anak. Kesungguhan serta kesabaran tersebut telah ditunjukkan oleh artis terkenal Alif Satar dalam akaun Instagram miliknya.

BACA: Mak Ayah Suka Bandingkan Result, Peritnya Baca Luahan Anak-Anak Kini Tertekan

Sampai ke sudah tak habis baca…

Terbaru, video yang memaparkan Alif Satar sedang mengajar anaknya membaca buku telah mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi para pengikutnya. Di dalam video tersebut, Alif menyebut beberapa perkataan dalam Bahasa Inggeris dan diikuti oleh puteri keduanya Ariana. Lebih menghiburkan, Ariana tidak dapat mengikut perkataan yang disebut dan telah tersasul sehingga membuatkan Alif tergelak.


Dah besar jangan letak Daddy dekat rumah orang tua

Siapa sangka, video menghiburkan itu terselit kapsyen yang terdengar sebak. Walaupun niat Alif mungkin hanya berseloroh, tetapi pesanan tersebut sangat memberi makna mendalam kepada sesiapa yang membacanya. Tambahan pula, Alif meletakkan tanda ‘#’ dengan ayat future message mungkin dengan harapan anaknya akan melihat video tersebut sebagai satu kenangan kelak.

[VIDEO] Alif Satar Rajin Melayan Anak Baca Buku, Tapi Kapsyen Sebak Pula

[VIDEO] Alif Satar Rajin Melayan Anak Baca Buku, Tapi Kapsyen Sebak Pula

Tolong jaga Daddy kamu bila dah besar nanti ya…

Harapan Alif untuk tidak di hantar ke rumah orang tua mendapat sokongan dari para pembaca. Selain komen netizen yang memuji kecomelan mereka bertiga, ada juga netizen memberi kata-kata semangat dan berdoa semoga puteri kepada Alif Satar menjadi anak solehah suatu hari nanti. 

[VIDEO] Alif Satar Rajin Melayan Anak Baca Buku, Tapi Kapsyen Sebak Pula

[VIDEO] Alif Satar Rajin Melayan Anak Baca Buku, Tapi Kapsyen Sebak Pula


[VIDEO] Alif Satar Rajin Melayan Anak Baca Buku, Tapi Kapsyen Sebak Pula

[VIDEO] Alif Satar Rajin Melayan Anak Baca Buku, Tapi Kapsyen Sebak Pula

[VIDEO] Alif Satar Rajin Melayan Anak Baca Buku, Tapi Kapsyen Sebak Pula

Sumber: Instagram Aliff Satar


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!