Viral

[VIDEO] “Allah, Kek Terbang” – Pemuda ‘Terciduk’ Kejutan Birthday Tak Menjadi

[VIDEO] “Allah, Kek Terbang” – Pemuda ‘Terciduk’ Kejutan Birthday Tak Menjadi

Sharing is caring!

Setiap daripada kita pasti teruja apabila dapat kejutan sempena detik istimewa terutamanya hari jadi kan? Kadangkala, ternanti-nanti apalah agaknya yang bakal diberikan oleh keluarga dan rakan-rakan. Walaupun harganya tidak mahal, tetapi cukuplah sekadar ia boleh dijadikan sebagai kenangan. Kalau nak buat surprise boleh, tapi kenalah hati-hati dan jangan sampai jadi macam lelaki ini pula.

BACA: Gigih Buat Kek Sempena Anniversary Ibu Ayah, Telatah Aafiyah Curi Perhatian


Baru nak buat kejutan untuk member…Tapi tak menjadi lepas tersungkur atas tanah

Menerusi klip video yang hangat di TikTok, seorang pemuda dirakam di sebalik pokok sambil memegang sebiji kek yang dihiasi dengan beberapa batang lilin dan taburan coklat. Hal ini kerana, dia berniat untuk buat kejutan sempena hari jadi kepada sahabat perempuannya. Namun tanpa disangka-sangka, hajatnya tidak kesampaian apabila tak semena-mena dia tersungkur ketika datang menerpa ke arah gadis tersebut.

@dtahtahrasul2

happy birthday😂😂#bugismakassar #tiktok #fyp #flypower #IniBeneranLive #TokopediaHaul #zbxyc #tiktoksea #viral

♬ original sound – Anak Betawi Tulen✓ – Anak Betawi Tulen✓

Tak boleh nak berhenti gelak…Konon nak bagi surprise, tapi akhirnya diri sendiri yang terkejut

Gara-gara itu, pinggan yang dipegang olehnya terus melayang jatuh ke atas tanah sekali gus menyebabkan rakan-rakannya gagal untuk menahan ketawa. Selain berasa terhibur, rata-rata netizen turut berseloroh bahawa surprise yang tidak menjadi itu akhirnya berjaya ‘mengejutkan’ dirinya sendiri. Secara keseluruhan, video tersebut berjaya raih lebih 2 juta tontonan setakat ini.


[VIDEO] “Allah, Kek Terbang” – Pemuda ‘Terciduk’ Kejutan Birthday Tak Menjadi

[VIDEO] “Allah, Kek Terbang” – Pemuda ‘Terciduk’ Kejutan Birthday Tak Menjadi

[VIDEO] “Allah, Kek Terbang” – Pemuda ‘Terciduk’ Kejutan Birthday Tak Menjadi

Sumber: TikTok dtahtahrasul2


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes