[VIDEO] Ally Iskandar Tak Sengaja Usik Masa Live, Aksi Gadis Melatah Lucu Habis

Sebut sahaja tentang melatah, pasti kita ada kenal beberapa orang selalu berbuat demikian apabila mereka terkejut atau pun dicuit. Sehingga kini, pihak pakar juga tidak dapat merungkai apakah punca sebenar yang menyebabkan tabiat daripada berlaku dalam sesuatu budaya masyarakat. Malah ramai yang mengandaikan perkara ini berlaku kepada golongan yang sudah berusia sahaja. Sedangkan orang muda juga sudah melatah seperti seorang remaja yang pernah tular kerana ‘rap’ tempoh hari.

BACA: [VIDEO] Usik Member Melatah Masa Bawa Motor, Aksi 2 Lelaki Ini Undang Kecaman

“Gais tikus gaisss..”

Tak sedar berjangkit melatah dengan orang

Beberapa hari lepas, gadis bernama Norfaraheizuani Sakilah Khalid bersama 3 lagi rakannya telah diundang muncul ke rancangan ‘Malaysia Hari Ini’ bagi mengupas isu yang berkaitan dengan tabiat ini. Ujarnya, dia bukan melatah sejak dari kecil. Tetapi dia telah ‘terjangkit’ gara-gara selalu mengusik rakan sekolah yang kuat melatah juga semasa di Tingkatan 4.

Melatah masa live TV…berdekah satu studio

Di hujung segmen terbabit pula, berlaku satu insiden yang lucu tatkala mereka sedang muncul secara langsung di kaca TV. Ketika Ally Iskandar bertanyakan tentang cita-cita kepada semua pelajar ini, tangannya telah tertepuk sofa secara spontan. Dengan tak semena-mena, remaja yang mesra disapa sebagai Farah ini telah melatah siap dengan gerakan tangan yang begitu ketara sekali.

Dia punya doktor haiwan tu dah macam ‘Merdeka’

Reaksi yang berlaku tanpa dirancang itu nyata telah membuatkan ramai netizen terhibur apabila video tersebut telah meraih lebih 27 ribu retweets dan 350 ribu tontonan setakat ini. Dalam pada itu, rata-rata mereka turut berseloroh terhadap situasi berkenaan.

Sumber: YouTube TV3MALAYSIA Official Twitter HilmanRazak99 & xzxxp

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?