Viral

[VIDEO] Ambil Kesempatan Staf Takde, Couple Subahat Rembat Kasut Dalam Butik

[VIDEO] Ambil Kesempatan Staf Takde, Couple Subahat Rembat Kasut Dalam Butik

Sharing is caring!

Perbuatan mencuri adalah kesalahan besar dalam undang-undang dan boleh dikenakan hukuman. Walaupun taraf hidup masyarakat semakin meningkat, isu ini masih lagi menjadi salah satu masalah sosial yang tiada penghujungnya. Baru sahaja beberapa minggu yang lepas kecoh di media sosial tentang seorang lelaki dan wanita yang kantoi mencuri kasut bersama-sama di hadapan sebuah unit pangsapuri melalui kamera CCTV. Kejadian sama berulang kembali di sebuah pusat membeli belah. 

BACA: Ibu Tunggal Nekad Mencuri Di Pasaraya Demi Penuhi Keinginan Anak Makan Daging

Ni mesti rembat banyak barang ni

Menerusi perkongsian oleh Yedhzulkafli, kejadian kecurian itu telah berlaku di salah sebuah butik menjual kelengkapan sukan terkenal di Pulau Pinang. Difahamkan kejadian tersebut berlaku sewaktu kebetulan butik berkenaan kekurangan staf atas urusan mengambil stok baru. 


 

Sempat cuba pakai dulu

Video berkenaan menunjukkan modus operandi mereka yang berpura-pura mencuba dahulu kasut yang diambil dan dalam masa yang sama memotong tag harga yang ada padanya. Sambil memerhatikan keadaan sekeliling, keduanya dilihat memasukkan kasut yang dicuri ke dalam beg tangan berwarna pink yang dibawa lagu bergegas keluar dari butik berkenaan.

[VIDEO] Ambil Kesempatan Staf Takde, Couple Subahat Rembat Kasut Dalam Butik

[VIDEO] Ambil Kesempatan Staf Takde, Couple Subahat Rembat Kasut Dalam Butik

 

Kalau tak mampu buat cara tak mampu

Video yang telah mendapat jumlah tontonan lebih 194,000 dan juga 5300 retweet itu nyata mengundang rasa marah dari netizen. Mereka berdua juga diselar dengan tindakan bodoh yang diambil tanpa memikirkan akan ditangkap kelak. Walaupun tidak diketahui status couple ini, lelaki yang berkongsi video ini mengandaikan mereka sudah banyak kali mencuri. 


[VIDEO] Ambil Kesempatan Staf Takde, Couple Subahat Rembat Kasut Dalam Butik

Teruk betul manusia macam ni

[VIDEO] Ambil Kesempatan Staf Takde, Couple Subahat Rembat Kasut Dalam Butik

Masalahnya muka tu innocent

[VIDEO] Ambil Kesempatan Staf Takde, Couple Subahat Rembat Kasut Dalam Butik

Sumber: Twitter Yedhzulkafli


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!