Viral

[VIDEO] Gadis 16 Tahun Tak Sangka Dah Merasa Jadi Ibu-“Amik SPM Kena Jaga Anak”

[VIDEO] Gadis 16 Tahun Tak Sangka Dah Merasa Jadi Ibu-“Amik SPM Kena Jaga Anak”

Sharing is caring!

Meskipun kebanyakan gadis zaman sekarang cenderung untuk berkahwin lambat, namun sesetengahnya lebih bahagia dengan keputusan bernikah awal. Kata orang bila ada anak nanti, jarak usia yang tidak terlalu jauh jaraknya akan membuatkan perhubungan si ibu dan anak menjadi rapat umpama kawan sendiri. Kebahagiaan sama turut dirasai oleh gadis yang diberikan rezeki menjadi ibu pada usia 16 tahun ini.


BACA : Hilang Ingatan Lepas Bersalin, Ibu Muda Pergi Tanpa Sempat Tatap Wajah Anak

Tak sangka dah jadi ibu…Naira Aleena untung awak dapat mummy muda

Ibu muda dengan akaun TikTok @syadiranor sempat berkongsikan pengalaman dan rasa syukur kerana selamat melahirkan zuriat pertamanya sekitar 7 Jun 2020 lalu. Kemudian, bayi comel itu telah diberikan nama yang cukup indah iaitu Naira Aleena. Mengimbas kembali kelahiran bermakna tersebut, dia sendiri tidak menyangka berpeluang merasai moment mengandung seawal ini. Bahkan dalam video di bawah, dia berseloroh kerana sudah mendapat teman bermain TikTok kelak.


@syadiranor

alhamdulilah🥰 taksangka dah jadi seorang ibu😘 to NairaAleena untung awak dapat mumy muda😛 boleh tiktok together nnt hehe

♬ when i look at you – audiobear

Semoga dapat keputusan cemerlang

Dalam satu lagi video, ibu ini kelihatan lengkap mengenakan uniform sekolah dan memaklumkan bahawa dirinya bakal mengambil peperiksaan SPM nanti. Menyaksikan kebahagiaannya menimang cahaya mata di usia yang tersangat muda, kebanyakan netizen mula menumpang gembira dan mendoakan kesejahteraan keluarga kecil ini. Ada juga yang meluahkan kekaguman dengan semangatnya yang tidak putus asa dalam urusan pendidikan walaupun sudah berkahwin.


@syadiranor

🤭 fyp spm mamamuda

♬ original sound – aimn.iqml_ – aimn.iqml_

[VIDEO] Gadis 16 Tahun Tak Sangka Dah Merasa Jadi Ibu-“Amik SPM Kena Jaga Anak”

[VIDEO] Gadis 16 Tahun Tak Sangka Dah Merasa Jadi Ibu-“Amik SPM Kena Jaga Anak”

[VIDEO] Gadis 16 Tahun Tak Sangka Dah Merasa Jadi Ibu-“Amik SPM Kena Jaga Anak”

[VIDEO] Gadis 16 Tahun Tak Sangka Dah Merasa Jadi Ibu-“Amik SPM Kena Jaga Anak”

Sumber : TikTok syadiranor

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini