Makin menjadi-jadi idea masyarakat zaman sekarang sejak media sosial menjadi medium rasmi menghubungkan semua orang. Malah ada pula yang lebih berani membuat prank terhadap ahli keluarga mereka. Bagi pengguna laman Twitter, pasti kenal dengan pemuda ini yang rajin membuat banyak prank sebagai bahan jenaka.
BACA: [VIDEO] Gara-Gara Prank Hamilkan ‘Awek’, Pemuda Teruk Kena Hempuk Dengan Ibu
Dia buat prank cucuk lidah palsu pula..
Menerusi video yang dimuat naik pemuda bernama Keemokazi di laman Twitter itu, dia merancang untuk menakutkan ibunya dengan menggunakan sekeping lidah palsu. Dia kemudiannya menghampiri ibu di dapur kononnya ingin menjamah makanan sekali gus memulakan prank dengan menusuk garfu ke dalam lidah palsu tersebut.
Kelam kabut ibu dibuatnya sampai minta bantuan ayah
Tindakan tersebut malah membuatkan ibunya terkejut dan menjerit. Tanpa membuang masa, wanita itu cuba membantu mengeluarkan garfu sehingga berjaya. Namun, lidah palsu pula yang tercabut sekali lantas membuatkan si ibu kelam kabut menelefon bapanya. Melihat situasi semakin tegang, pemuda itu akhirnya berterus terang sambil mencampakkan lidah palsu ke arah ibu.
I bought these fake tongues and they are too much fun 😂 pic.twitter.com/EBnUD8HsnI
— Keemokazi (@Keemokazi1) April 21, 2020
Macam mana lah mak dia boleh tahan..
Posting tersebut berjaya meraih lebih 100 ribu retweets setakat ini. Menjengah ke ruangan komennya pula, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat dua beranak tersebut. Ada juga yang sempat menyamakan situasi terbabit dengan para ibu di asia yang kebanyakannya akan marah jika terkena prank seperti itu.
Sumber: Twitter @Keemokazi1
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
![Kisah Dunia [VIDEO] Anak Buat Prank Lidah Terpacak Garfu, Reaksi Ibu Gabra Pula Win Habis](https://pnews.space/wp-content/uploads/2020/06/pnews.space-d397ded5566d26d0ff425878996136e7.jpg)