Viral

[VIDEO] Anak Seronok Bermain Di Pusara Abam, Achey Harap Dapat Ziarah Selalu

[VIDEO] Anak Seronok Bermain Di Pusara Abam, Achey Harap Dapat Ziarah Selalu

Sharing is caring!

Seperti kita sudah sedia maklum, pelawak terkenal Allahyarham Abam Bocey telah pun pergi buat selama-lamanya pada 10 Februari yang lalu. Sehingga kini, pemergiannya masih lagi dirasai oleh ahli keluarga dan peminat di seluruh Malaysia. Keadaan pilu sahabat baik kepada Allahyarham, Achey dan Fad yang masih lagi bersedih juga telah menjadi perhatian ramai.

BACA: “Tolong Kebumikan Aku Tau?” – Gurauan Jadi Realiti, Achey Tunaikan Hasrat Abam

[VIDEO] Anak Seronok Bermain Di Pusara Abam, Achey Harap Dapat Ziarah Selalu

[VIDEO] Anak Seronok Bermain Di Pusara Abam, Achey Harap Dapat Ziarah Selalu

Achey bawa anak ziarah pusara Abam

Berdasarkan posting yang dikongsikan seorang pengguna Twitter bernama @adzaliahanim, Achey telah berkongsi sebuah video di IG Story miliknya di mana dia dan anak perempuannya, Tiara Zinnirah sedang berada di tanah perkuburan. Difahamkan, mereka berada di sana untuk menziarahi pusara Allahyarham Abam.


[VIDEO] Anak Seronok Bermain Di Pusara Abam, Achey Harap Dapat Ziarah Selalu

Seronok bermain kerusi di sebelah pusara

Berdasarkan salah satu video tersebut, kelihatan anaknya sedang seronok bermain dengan kerusi-kerusi kecil bersebelahan dengan pusara Allahyarham Abam. Pelawak itu juga sempat berseloroh dengan anak kecilnya adakah tempat tersebut telah menjadi taman permainannya. Karenah si cilik yang masih belum mengerti akan pemergian Allahyarham itu sungguh comel.[VIDEO] Anak Seronok Bermain Di Pusara Abam, Achey Harap Dapat Ziarah Selalu[VIDEO] Anak Seronok Bermain Di Pusara Abam, Achey Harap Dapat Ziarah Selalu

Akan selalu datang ziarah

Malahan, Achey turut memberitahu di dalam video bahawa mereka akan selalu datang menziarahi pusara Allahyarham sahabat baiknya itu. Sebelum ini, Achey dan Fad juga pernah memaklumkan bahawa mereka sudi mengambil alih kerja Allahyarham yang tertunggak secara percuma.


Sumber: Twitter adzaliahanim


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini