Isu Semasa

[VIDEO] Anak Tak Bernyawa Dihentam Kereta, Gajah Betina Naik Minyak Tuntut Bela

[VIDEO] Anak Tak Bernyawa Dihentam Kereta, Gajah Betina Naik Minyak Tuntut Bela

Sesetengah kawasan di Malaysia terutamanya Perak, Pahang dan Johor seringkali mendapat perhatian apabila beberapa jenis haiwan liar yang dilindungi seperti gajah dapat dilihat dengan mudah. Maka sebab itulah kenderaan di jalan raya harus memandu dengan berhati-hati di laluan tertentu supaya nyawa binatang terbabit tidak terancam.


BACA: Risau Terserempak Dengan Gajah? Pemandu Dinasihat Elak Bunyikan Hon Kereta

Naik minyak lepas anak ditimpa kecelakaan

Di Mersing, beberapa pengguna media sosial sempat berkongsi video seekor gajah betina mula ‘naik minyak’ di pinggir jalan. Akibat dihentam oleh kereta seorang lelaki yang sedang memandu dari Kota Tinggi ke Mersing, ibu haiwan tadi seakan-akan melepaskan marah apabila nyawa anaknya hilang.

Cuba bangunkan anak yang tak bernyawa

Pemandu kenderaan berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan tempat kejadian pula dikatakan berada di lokasi di mana haiwan itu melintas iaitu di Batu 4 hingga Batu 14, Jalan Kota Tinggi Mersing. Turut tersebar satu video memaparkan tingkah laku gajah berkenaan di mana ia seolah-olah cuba membangunkan semula anaknya yang sudah tidak lagi bernyawa.


Kumpulan haiwan itu masih berada di tempat kejadian

Menurut Berita Harian, anak haiwan seberat 300 kilogram itu adalah merupakan sebahagian daripada kumpulan beberapa ekor gajah yang masih berada berhampiran tempat kejadian. Walau bagaimanapun, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor sudah pun menghantar sepasukan petugas untuk mengawal keadaan.


Sumber: Pang Chin Fei, Berita Harian

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Anak Tak Bernyawa Dihentam Kereta, Gajah Betina Naik Minyak Tuntut Bela

Facebook

Telegram