Viral

[VIDEO] Anak Zarina Zainuddin Buat Hal, Berani Lamar Mira Filzah Dekat Set

[VIDEO] Anak Zarina Zainuddin Buat Hal, Berani Lamar Mira Filzah Dekat Set

Sharing is caring!

Selebriti Zarina Zainuddin sememangnya dikenali sebagai seorang ibu yang sangat tabah dan penyayang dalam membesarkan anak kembar autisme. Malah anaknya Azal sering dibawa ke set pengambaran dan  pernah membuat kemunculan beberapa kali dalam drama sebagai pelakon tambahan.

BACA : Bukan Tak Sayang.. Ibu Derita Depresi Sanggup Berhabis Duit Demi Anak Autisme


[VIDEO] Anak Zarina Zainuddin Buat Hal, Berani Lamar Mira Filzah Dekat Set

Buat hal betul Azal ni, nak melamar Mira Filzah pula..

Terbaharu menerusi Instagram dan YouTube miliknya, Zarina ada berkongsi sebuah rakaman video memaparkan gelagat nakal salah seorang anaknya iaitu Azal yang dikatakan cuba melamar pelakon dan model cantik Mira Filzah. Menerusi klip video tersebut, pemuda berusia 24 tahun itu mengambil kesempatan sewaktu Mira sedang menjalankan penggambaran sebuah drama.

[VIDEO] Anak Zarina Zainuddin Buat Hal, Berani Lamar Mira Filzah Dekat Set

[VIDEO] Anak Zarina Zainuddin Buat Hal, Berani Lamar Mira Filzah Dekat Set

Tak sangka Mira terima lamaran tu siap sarung cincin lagi..

Namun tanpa disangka pada minit ke 2 video berkenaan, Azal tampil menyuarakan hasratnya untuk melamar Mira ternyata mencuri perhatian ramai.  Lebih menghiburkan lagi apabila pemuda berkenaan turut menghulurkan sebentuk cincin khas buat Mira. Terkejut dengan tindakan Azal, Mira menyambut cincin tersebut dan mengatakan bersetuju menerima lamaran itu.


[VIDEO] Anak Zarina Zainuddin Buat Hal, Berani Lamar Mira Filzah Dekat Set

Gentleman betul, nasib Mira memahami..

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen mengakui terhibur dengan aksi berani Azil melamar Mira di hadapan ibunya. Tidak ketinggalan juga yang memuji sikap pelakon drama ‘Ana’ yang begitu baik melayan keletah Azal.

[VIDEO] Anak Zarina Zainuddin Buat Hal, Berani Lamar Mira Filzah Dekat Set [VIDEO] Anak Zarina Zainuddin Buat Hal, Berani Lamar Mira Filzah Dekat Set [VIDEO] Anak Zarina Zainuddin Buat Hal, Berani Lamar Mira Filzah Dekat Set

[VIDEO] Anak Zarina Zainuddin Buat Hal, Berani Lamar Mira Filzah Dekat Set

Sumber : Instagram zarinazainuddin_, YouTube Mangkin Picture


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!