“Angin Betul Dengan Rider, Siang-Siang ‘Romen’ Dalam Kereta Aku!”

Tidak dinafikan, masyarakat kita semakin gemar untuk menempah perkhidmatan kenderaan menerusi aplikasi telefon pintar atau lebih dikenali sebagai servis e-hailing. Hal ini kerana semua penumpang dapat menjimatkan wang dan masa untuk mencari kereta yang available untuk menuju ke destinasi yang dimahukan. Namun baru-baru ini, tular pula sebuah video tentang sikap tidak bermoral penumpang kerana dilihat bermesraan semasa menggunakan servis tersebut.

BACA: Viral Video ‘Mengunyit’ – Remaja Dedah Cuma Pujuk Kawan Sedih Dapat Offer Study

Angin dengan rider…siang-siang nak romen dalam kereta aku!

Menerusi satu tweet yang dimuatnaik oleh pemandu Grab bernama Waksab Haji Hassan ini, jelas terpapar gelagat mesra yang melibatkan sepasang penumpang remaja ketika berada di tempat duduk penumpang keretanya. Walaupun kejadian itu sudah berlaku sebulan yang lalu, namun dia tetap berasa kecewa dengan sikap penumpang seperti ini kerana tidak menunjukkan rasa hormat kepada para pemandu yang turut berada dalam kenderaan tersebut.

Pakcik tu memang tahan marah dah tu..

Gara-gara tularnya video tersebut, para netizen turut tidak melepaskan peluang untuk meluahkan pendapat masing-masing. Selain berasa kasihan dan simpati dengan pengalaman yang terpaksa dilalui oleh pemandu lelaki tersebut, rata-rata mereka turut terkilan dengan perasaan malu yang dilihat semakin menipis dalam diri belia remaja pada zaman kini sehingga sanggup melakukan perkara yang tidak senonoh seperti itu.

Sumber: Twitter waksab

Apa Komen Anda?