[VIDEO] “Asmesyou Bella” – Berani Video Call Pula, Yoe Parey Undang Tawa Ramai!

Selepas hampir kesemua video lucu terbitan YouTuber Syahmi Sazli menjadi fenomena di Internet kebelakangan ini, pelakon utamanya iaitu Asif dan Yoe Parey ternyata semakin mendapat tempat dalam hati kalangan masyarakat. Mana taknya, perkara ini terbukti apabila setiap episod Drama Spontan mencatat tontonan melebihi satu juta apabila dimuat naik. Malah gelagat antara Yoe dan penyanyi cantik Bell Astillah pula mencuri tumpuan apabila mereka sering dilihat sweet bersama-sama.

BACA: [VIDEO] Yoe Parey Siap Minta Izin Nak Jadi Menantu Ibu Bella, Lucu Habis!

“Asmesyou Bella!”

Terbaru menerusi Instagram Alif Farhan, dia telah memuat naik sebuah klip video yang menampilkan Yoe, Syahmi dan Asif untuk episod terbaru rancangan Trek Selebriti. Sepanjang paparan video itu, Yoe atau nama sebenarnya Ashrul Hakim dilihat ceria dapat melakukan video call bersama ‘skandal’ jarak jauhnya itu kerana dia kini berada di Singapura. Malah antara yang mencuri tumpuan adalah apabila Yoe menyatakan rasa rindu terhadap penyanyi berkenaan.

Kelakar lah si Yoe ni..

Tak cukup dengan itu, mereka turut dilihat sempat berbalas pickup line seperti ‘sanggup berenang ke Singapura demi cinta’ dan ‘umur yang sudah cukup untuk mendirikan rumah tangga bersama’. Perkara itu nyata mengundang tawa daripada netizen yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat pemuda ini meskipun ramai tahu yang dia menghidap autisme.

Sumber: IG aliffarhan_jr

Apa Komen Anda?