[VIDEO] “Astaga Makcik!” – Salam Raya Bertukar Kecoh Bila Tikus Datang Melintas

Di pagi raya, antara adat atau amalan wajib yang dilakukan adalah sesi ‘salam raya’ atau bermaaf-maafan bersama seisi ahli keluarga di rumah masing-masing. Tiap tahun, ada sahaja drama yang tidak tersangka berlaku semasa waktu tersebut dan menjadi tular di laman sosial seperti yang berlaku pada keluarga gadis bernama Ain Syawani ini. Siapa sangka dalam mereka sibuk berkumpul di pagi raya, tiba-tiba masuk tetamu yang tak diundang dan menyebabkan suasana kecoh sekelip mata!

BACA: Gadis Sanggup Gadaikan Dara Gara-Gara Tak Mahu Cuci Pinggan Di Hari Raya..

Kami sedang bersalam-salaman macam keluarga biasa lain sampailah… ada tikus masuk melintas!

Menurut gadis itu lagi, sebenarnya tikus itu ditangkap oleh kucing peliharaan mereka dan dia terus melintas masuk ke dalam kawasan rumah ketika ingin mengambil family photo bersama-sama. Dan antara perkara yang paling mencuri tumpuan ramai adalah reaksi cemas yang ditunjukkan oleh ibunya.

Rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat keluarga tersebut dan berseloroh di ruangan komen posting tersebut.

Astaga mak cik Nita!

Sebijik mak aku…dia punya menjerit macam tikus tu kat badan dia

Hahaha…first raya dah macam ni adoi

Sumber: Twitter ainsyawani

Apa Komen Anda?