Viral

[VIDEO] Asyik Merungut Mulut Suami Busuk, Isteri Surprise Kehamilan Anak Sulung

[VIDEO] Asyik Merungut Mulut Suami Busuk, Isteri Surprise Kehamilan Anak Sulung

Sharing is caring!

Anak merupakan anugerah terindah yang dititipkan Tuhan kepada setiap suami isteri yang telah mendirikan mahligai rumah tangga. Namun di atas hikmah tertentu, ada juga yang diuji apabila mereka lambat untuk merasai moment indah tersebut. Bagaimanapun, ia menjadi lebih bermakna apabila berita tersebut disampaikan melalui surprise daripada insan tersayang.

BACA : Kerap MC Akibat Asma Kronik, Wanita Sarat Hamil Dipecat Kongsi Pengalaman Pahit


[VIDEO] Asyik Merungut Mulut Suami Busuk, Isteri Surprise Kehamilan Anak Sulung

Surprise suami tercinta dengan set alat kehamilan..

Terbaharu, sebuah video memaparkan reaksi teruja seorang lelaki saat mendapat tahu isterinya telah berbadan dua telah menarik perhatian ramai di laman Twitter. Detik istimewa itu dirancang sendiri oleh wanita yang bernama Adeline Sallehuddin sekitar tengah hari tadi.

[VIDEO] Asyik Merungut Mulut Suami Busuk, Isteri Surprise Kehamilan Anak Sulung

Teruja dengan kejutan istimewa, si suami terus dakap & sapu air mata isteri..

Menerusi klip video berdurasi lebih seminit itu, wanita berkenaan mengajak suaminya yang mesra disapa Iliya untuk membuka sebuah bungkusan yang kononnya diperolehi daripada seseorang. Wajah yang awalnya bingung itu bertukar teruja apabila si isteri menghulur set alat penguji kehamilan yang menyatakan tanda positif di dalamnya. Gembira dengan kejutan istimewa itu, lelaki berkenaan terus mendakap sambil mengesat air mata isteri tercinta.


[VIDEO] Asyik Merungut Mulut Suami Busuk, Isteri Surprise Kehamilan Anak Sulung

[VIDEO] Asyik Merungut Mulut Suami Busuk, Isteri Surprise Kehamilan Anak Sulung

Takde simptom pelik, cumanya suami selalu kena complaint cakap mulut dia busuk..

Dalam pada itu, Adeline turut mendedahkan mengenai alahan ‘aneh’ yang dialaminya sebelum disahkan mengandung cahaya mata sulung. Menurut bakal ibu ini, dia mempunyai alahan kepada bau badan suami tercinta selain kerap merungut mengenai hal itu. Bagaimanapun, Adeline menzahirkan rasa syukur di atas pemberian bermakna ini.

[VIDEO] Asyik Merungut Mulut Suami Busuk, Isteri Surprise Kehamilan Anak Sulung

[VIDEO] Asyik Merungut Mulut Suami Busuk, Isteri Surprise Kehamilan Anak Sulung

Sumber : Twitter nradelinee, Instagram adelinesllhddn


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!