[VIDEO] “Awak Selamatkan Saya Lagi..” – Ramai Teruja Happy Ending Qash & Puteri

Selepas beberapa kali mengadakan ‘element of surprise’ kepada para peminatnya, drama rantaian Sweet Dreams akhirnya telah pun melabuhkan tirai menerusi episod ke-20 pada malam tadi.  Meskipun watak Puteri yang dibawa oleh Mira Filzah telah hilang dalam beberapa episod sebelum ini, namun ramai tersentuh dengan perngorbanan yang dilakukan oleh Qash (Ben Amir) apabila akhirnya nekad untuk melakukan operation bagi membuang sejenis tumor yang terdapat di kepalanya.

BACA: [FOTO] “Cute Sangat Ni” – Penampilan ‘Mini Puteri & Qash’ Jadi Tumpuan Ramai

Advertisement

Awak selamatkan saya lagi..

Kemuncak drama itu menyaksikan Qash sempat menyelamatkan teman wanitanya itu daripada terlibat dalam kecelakaan jalan seperti yang dipaparkan dalam episod sebelumnya. Detik tersebut nyata telah memberikan impak happy ending terhadap para audiens yang sangat mahukan agar cinta mereka kekal hingga ke akhirnya.

Advertisement
View this post on Instagram

"Jom kawen". – Qash "Awak masih 3 nikmat Tuhan untuk saya. You are my beautiful curse. My sweetest dreams. Dan awak jodoh saya". – Qash . "Dan awak jodoh saya". – Putri . "I love you Princess". – Qash "I love you too Qash Adam". – Putri . Alangkah bahagianya rasa dapat tengok ending ni. Walaupon sekejap sangat. Tapi cukup happy tengok renungan mata Qash dan Putri tuuu. Aduhh, cair tau yang tengok dari phone ni. Korang berdua tu takde rasa apa-apa ke? Hmmm real kot renungan tu 🤭🤭🤭 . And YES, ni ending pilihan sy because this ending makes my heart goes woot woot woot ❤️ . @mfmirafilzah @benamirr #dramaSweetDreams #SweetDreams #MiraFilzah #BenAmir #BenAmira #QashAdam #Putri #teamQashPutri #MiraBen

A post shared by 🌙✨ SWEET DREAMS 🌙✨ (@dramasweetdreams._) on

Advertisement

Tenungan tu cair je…nak sangat tengok ending macam ni dalam real life

Biarpun ramai yang masih sedih apabila watak Puteri disangka telah pergi buat selamanya, namun pilihan untuk menukar penamat naskah drama tersebut merupakan percaturan yang berbaloi buat pengarahnya, Michael Ang. Mana taknya, itulah permintaan yang diharapkan oleh kebanyakkan peminat drama ini. Secara keseluruhannya rata-rata mereka memberi reaksi suka dan ‘cair’ dengan kesudahan cerita ini, namun belum puas kerana tiada sebarang suasana pernikahan antara mereka atau ibu dengan majikan Puteri.

Advertisement

Advertisement

Sumber: IG mfmirafilzah & dramasweetdreams._

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?