Family Hiburan

[VIDEO] “Ayo Ayo..”-Kepala Sangkut Di Kerusi, Ragam Alisa Buat Netizen Terhibur

[VIDEO] “Ayo Ayo..”-Kepala Sangkut Di Kerusi, Ragam Alisa Buat Netizen Terhibur

Sharing is caring!

Gelagat dua orang anak kepada Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sering mencuri tumpuan ramai di media sosial terutamanya laman Instagram. Dalam pada itu, saban hari ada sahaja video Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah yang dipaparkan. Terbaharu, rakaman aksi lucu anak perempuan kepada couple itu telah tular di media sosial.


BACA: Peniaga Tak Sempat Bagi Salam, Lucu Kerusi Tiba-Tiba Berkecai Masa Live FB

Tersangkut dekat kerusi…Cuba nak minta bantuan dalam bahasa pelat

Menerusi posting di Instagram, @hairulazreen berkongsi sebuah video yang menunjukkan kanak-kanak berusia setahun lebih itu tersangkut pada bahagian kerusi dan cuba untuk meminta tolong dalam bahasa pelatnya. Walau bagaimanapun, Alisa berjaya dikeluarkan dengan bantuan pelakon lelaki itu setelah cubaan untuk meloloskan dirinya gagal. Sejurus diselamatkan, dia dilihat terus turun daripada perabot berkenaan dan mengoyang-goyangkan badannya sambil tersenyum.


View this post on Instagram

Aisyah !!!!!!!! 🤣 @thealisaaisyah 😅

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

Macam mana boleh ada dekat celah tu…Anak nombor 2 ni memang lain macam sikit perangai

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur apabila melihat gelagat Alisa Aisyah. Mereka turut mempersoalkan bagaimana si cilik ini boleh tersangkut pada kerusi tersebut. Malah, mereka turut berseloroh dengan mengatakan bahawa perangai anak yang kedua memang berbeza daripada adik-beradik yang lain. Video berdurasi 30 saat ini turut berjaya meraih lebih 500 ribu jumlah tontonan selepas beberapa jam dimuat naik.


[VIDEO] “Ayo Ayo..”-Kepala Sangkut Di Kerusi, Ragam Alisa Buat Netizen Terhibur

[VIDEO] “Ayo Ayo..”-Kepala Sangkut Di Kerusi, Ragam Alisa Buat Netizen Terhibur

[VIDEO] “Ayo Ayo..”-Kepala Sangkut Di Kerusi, Ragam Alisa Buat Netizen Terhibur

[VIDEO] “Ayo Ayo..”-Kepala Sangkut Di Kerusi, Ragam Alisa Buat Netizen Terhibur

Sumber: Instagram hairulazreen,

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!