Viral

[VIDEO] “Bagi Cikgu Makan Sat..” – Guru ‘Berletiaq’ Loghat Kedah Bikin Ketawa

[VIDEO] “Bagi Cikgu Makan Sat..” – Guru ‘Berletiaq’ Loghat Kedah Bikin Ketawa

Sharing is caring!

Ekoran wabak COVID-19, pelbagai kesukaran terpaksa dihadapi oleh segenap lapisan masyarakat terutamanya kumpulan frontliner. Tidak ketinggalan, golongan pendidik juga pasti berhadapan dengan 1001 cabaran sejak sesi persekolahan dibuka semula. Namun pastinya, kelainan tersebut pastinya akan memberikan memori yang sukar dilupakan kepada mereka. Kisah yang sama turut berlaku kepada seorang guru wanita ini.


BACA: Pantang Ditegur Sikit, Pemuda Terciduk Bila Mak Membebel Dalam Loghat Melaka

“Ampa dah kenyang bagilah cikgu makan sat”…Siap melakonkan aksi tercekik depan murid-murid

Menerusi posting di Facebook, Cikgu Farrah Norashikin Juhari berkongsi sebuah video rakaman beliau membebel ketika sedang menikmati makanan di dalam kelas. Walau bagaimanapun, seleranya terganggu apabila melihat murid-muridnya membuat bising pada ketika itu. Dalam masa sama, beliau turut meminta mereka agar memberikannya ruang untuk menjamah hidangan berkenaan. Lucunya, guru Bahasa Inggeris ini juga melakukan aksi kononnya beliau hampir tercekik gara-gara melayankan kerenah murid-murid tersebut.


bukan merungut.. tp ini cerita dan situasi sebenar dlm kelas.. cuma aku takot kalau mati tercekik ja.. 🤪🤪🤪 mgkin ini memori sempena covid19 😌 masa tu lah cikgu nak makan, masa tu jg cikgu nk tgok budak makan.. kalau x mkn xtau masa mana nk makan bila kelas banyak.. larat nk tgok lauk budak satg takot terlioq pulak meleleh…🤤🤪🤣

Posted by Farrah Norashikin Juhari on Tuesday, July 28, 2020

Keras perut ketawa tengok cikgu ‘beletiaq’…Memang waktu makan paling stress untuk mereka

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya netizen terhibur dengan gelagat yang ditunjukkan oleh Cikgu Farrah Norashikin Juhari. Malah, mereka turut berkongsi perkara yang sama ketika bertugas di sekolah. Di samping itu, mereka memberikan ucapan terima kasih kepada guru berkenaan kerana bersabar melayan kerenah murid-murid. Video berdurasi 60 saat ini telah berjaya mendapat perkongsian semula daripada netizen sebanyak 15 ribu.


[VIDEO] “Bagi Cikgu Makan Sat..” – Guru ‘Berletiaq’ Loghat Kedah Bikin Ketawa

[VIDEO] “Bagi Cikgu Makan Sat..” – Guru ‘Berletiaq’ Loghat Kedah Bikin Ketawa

[VIDEO] “Bagi Cikgu Makan Sat..” – Guru ‘Berletiaq’ Loghat Kedah Bikin Ketawa

[VIDEO] “Bagi Cikgu Makan Sat..” – Guru ‘Berletiaq’ Loghat Kedah Bikin Ketawa

Sumber: Facebook Farrah Norashikin Juhari 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!