[VIDEO] Bagi Sindiran Padu Kepada TNB, ‘Abam Botak’ TV3 Buat Ramai Berdekah!

Baru-baru ini, isu bil elektrik yang tiba-tiba naik mendadak telah mencetuskan rasa marah kebanyakkan masyarakat di Malaysia. Mana tidaknya, jika sebelum ini hanya membayar bil tak sampai RM100 tiba-tiba dicaj sehingga RM400 sebulan. Gara-gara ramai yang mendesak jawapan kukuh daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk isu tersebut, pihak wartawan media turut tidak ketinggalan untuk membuat liputan berita mengenai suara rakyat seperti yang dilakukan oleh Safwan Sawi daripada TV3 ini.

BACA: [VIDEO] Panas! PU Abu Lari Dari Wartawan Setelah Tiba Di KLIA, Tapi…

Terkenal dengan cara penyampaian yang lain daripada wartawan biasa, Safwan turut sempat memberikan sebuah pantun yang tersirat nada perli kepada syarikat bekalan tenaga elektrik terbesar di Malaysia itu dalam siaran berita malam tadi.

Wah iklan raya bukan main gempak…Bil elektrik mencanak-canak!

Sindiran tersebut turut mendapat perhatian dan tanda sokongan daripada netizen di pelbagai media sosial.

Hanya abam botak tu je yang bikin gembira dalam berita ni..

Last2 siap tutup lampu…tapi memang betul mesti blackout sekali dua

Botak ni semakin lama semakin padu!

Bukan selalu tengok berita terbahak-bahak!

Sorotan penuh berita malam tadi (minit 2:00)

Sebelum ini, Safwan Sawi turut pernah menjadi perhatian kerana memerli video viral wanita yang kecoh tidak mahu keretanya ditarik dan menyembur r4cun haiwan perosak sewaktu membuat liputan tentang persiapan raya oleh warga kota.

Berlagak boros tapi tak mampu sambung bayar kereta! (minit 2:30)

Sumber: Twitter DakCai & FB BuletinTV3Official

Apa Komen Anda?