[VIDEO] Baju Kalis Gagal Tahan Peluru, Anak Tentera AR Badul Pergi Selamanya..

Jarang sekali untuk kita dengar berita tentang demonstrasi daripada pihak berkuasa sehingga terjejasnya nyawa seseorang. Malangnya, baru-baru ini tular berita apabila Mejar Mohd Zahir Armaya, 36, yang juga merupakan anak pelakon veteran, AR Badul. Dia telah pergi buat selama-lamanya selepas badannya ditembus peluru sewaktu menjalankan latihan demonstrasi di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah siang tadi.

BACA: “Tiba-Tiba Askar Arab Datang..” – Isteri Ajak Shiro Kongsi Pengalaman Di Raudhah

Baju kalis peluru tak dapat tahan

Menurut laporan Metro, anak kepada pelakon itu telah ditugaskan untuk melakukan aksi demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infatri Malaysia dan Brifed ke-13 Infatri Malaysia. Namun nasib tidak menyebelahi dirinya apabila baju kalis peluru yang dipakainya pada waktu itu tidak mampu untuk menahan impak peluru tersebut.

“Ini pertunjukkan terakhir saya..”

Apa yang lebih menyedihkan apabila Allahyarham seakan-akan tahu ajalnya akan tiba, apabila dia telah menghantar pesanan ringkas kepada isterinya, Nour Shafinar Harun dengan menyatakan bahawa ini adalah pertunjukkan terakhirnya.

Bakal dikembumikan di Ipoh, Perak

Menurut AR Badul, keluarganya terkejut dengan berita tersebut kerana tidak menyangka insiden sedemikian terjadi kepada anaknya. Namun, dia turut menyatakan bahawa sudah redha dengan ketentuan itu. Allahyarham Mejar Mohd Zahir yang merupakan pegawai kanan tentera akan disembahyangkan di masj1d Kem Wardiburn, Setapak selepas sahaja tiba dari Kota Kinabalu. Difahamkan Allahyarham juga akan dikebumikan di Ipoh, Perak secepat mungkin.

Sumber: mStar, Metro & Bernama

Apa Komen Anda?