Viral

[VIDEO] Bakat Luar Biasa, Sofyank Mula Hasilkan Video Pro Sejak 10 Tahun Lepas

[VIDEO] Bakat Luar Biasa, Sofyank Mula Hasilkan Video Pro Sejak 10 Tahun Lepas

Mohamad Sofian atau dikenali sebagai Sofyank bukanlah satu nama asing dalam media sosial. Figura lelaki muda daripada Kelantan ini terkenal kerana dia sering menghasilkan video yang unik dan luar biasa untuk tontonan pengikut di media sosial. Pada tahun lepas, tular apabila Sofyank dikatakan bertemu Zach King dan Will Smith sehingga diberikan kesempatan membuat kolaborasi bersama.

BACA: Memang Patut Bayar RM10 Pihak Penerbit Pula Bersikap Tak Profesional

Peluang dapat berkerjasama dengan Zach King & Will Smith

 

Buat video guna webcam komputer riba saja…Suara pun manual & speed sampai jadi ala-ala chipmunk

Menerusi posting di Twitter semalam, pemilik akaun @sofyank juga berkongsi sebuah videonya 10 tahun yang lalu. Berdasarkan entri tersebut, Mohamad Sofian telah menghasilkan rakaman video dengan hanya menggunakan webcam komputer riba sahaja. Hal ini kerana, pada waktu itu tiada telefon bimbit yang boleh digunakan. Rakaman yang persis game telah disunting menggunakan sebuah software berserta latar belakang bunyi menggunakan suaranya sendiri dan seakan-akan chipmunk.

Sepuluh tahun lalu lepas mengaji siap pergi main baling selipar dekat padang

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengagumi kehebatan pemuda berkenaan yang memanfaatkan masa remajanya dengan membuat video suntingan seperti itu. Hal ini kerana, agak jarang pelajar seusia begitu yang boleh memiliki minat sedemikian. Malah, mereka turut berseloroh membandingkan diri mereka dengan Sofian pada 10 tahun yang lepas. Video tersebut telah meraih lebih 500 ribu jumlah tontonan sejak dimuat naik.

 

[VIDEO] Bakat Luar Biasa, Sofyank Mula Hasilkan Video Pro Sejak 10 Tahun Lepas

[VIDEO] Bakat Luar Biasa, Sofyank Mula Hasilkan Video Pro Sejak 10 Tahun Lepas

[VIDEO] Bakat Luar Biasa, Sofyank Mula Hasilkan Video Pro Sejak 10 Tahun Lepas

[VIDEO] Bakat Luar Biasa, Sofyank Mula Hasilkan Video Pro Sejak 10 Tahun Lepas

[VIDEO] Bakat Luar Biasa, Sofyank Mula Hasilkan Video Pro Sejak 10 Tahun Lepas

 

Sumber: Twitter, Instagram

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Bakat Luar Biasa, Sofyank Mula Hasilkan Video Pro Sejak 10 Tahun Lepas

Facebook

Telegram