[VIDEO] Balik Terawih Nampak Kereta Baru, Reaksi Kelu Ibu Bapa Ini Undang Sebak

Setiap anak yang mengenang jasa dan budi kedua-dua orang tuanya pastilah ada memasang niat untuk membalas semula jasa mereka dengan sesuatu yang berharga. Itulah yang dilakukan oleh lapan beradik ini apabila bersepakat untuk berkongsi duit memberikan kejutan sebuah kereta baru buat ibu bapa mereka sempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-35. 

BACA: [VIDEO] Hadiahkan Bapa Kereta, Usaha Ibu Dan Anak Ini Buat Ramai Sebak!

Berikut adalah video yang dikongsikan salah seorang anak mereka di Twitter. Menerusi video itu, boleh dilihat reaksi terkelu kedua-dua ibu bapanya apabila melihat kereta itu terparkir di garaj rumah sebaik pulangnya mereka daripada terawih.

Terimalah hadiah yang tak seberapa ni dari kami

Thank you everyone for the doa’s 

Kat nota tu tulis Happy Anniversary mak abah 35 tahun

Video itu membuatkan ramai terharu dan hampir menangis apabila melihat riak wajah gembira kedua-dua orang tua itu. 

Bestnya tengok adik-beradik yang bersatu 

Air mata ayah tu tak tahan tu 

Senyuman tu berharga sangat 

Ada juga individu lain yang turut menghadiahkan orang tuanya sebuah kereta baru seperti apa yang dilakukan gadis ini bersama adik-beradiknya. 

Tapi belum bawak balik kampung lagi

Sumber: Twitter Sofia_Latifi

Apa Komen Anda?