Family Viral

[VIDEO] Bangun Malam Masakkan Telur Dadar Je, Suami Appreciate & Puji Melambung

[VIDEO] Bangun Malam Masakkan Telur Dadar Je, Suami Appreciate & Puji Melambung

Sharing is caring!

Semua orang suka mendengar pujian positif yang boleh membina motivasi diri lagi-lagi di dalam rumah tangga. Dengan pujian juga mampu mengeratkan silaturahim antara suami dan isteri. Sebenarnya tidak perlu tunggu perkara yang besar pun untuk memuji isteri. Kadangkala memuji benda yang simpel sahaja sudah cukup membahagiakan kerana isteri terasa dirinya sangat dihargai.


BACA: Selepas 25 Tahun, Suami Isteri Buktikan Masih Serasi Dulu, Kini Dan Selamanya

Isteri sanggup bangun masak telur dadar saja…tapi pujian suami buat isteri tersenyum

Baru-baru ini, tular sebuah video dari negara seberang iaitu Indonesia memaparkan aksi seorang lelaki memuji isterinya kerana sanggup bangun pada malam hari untuk memasak. Walaupun hanyalah juadah telur dadar yang ditambahkan sedikit cili, suaminya sangat suka melihat dia membuat masakan itu dengan cara simple. Memberikan pujian yang amat melambung, lelaki tersebut sempat berseloroh kononnya ingin membuka sebuah restoran untuk orang rumahnya.. Pujian tersebut telah membuatkan wanita itu tersenyum gembira di akhir rakaman tersebut.


@kenandgratt

Sumpah enaaaa… itu ada cabe rahasianya

♬ original sound – Ken & Grat – Ken & Grat

Kalau suami aku tak pernah pun nak puji bila masak telur dadar…walaupun dah letak macam-macam dalam tu

Secara keseluruhan, video berdurasi 19 saat berkenaan telah meraih hampir 2 juta jumlah tontonan setakat ini. Selain dihujani dengan pelbagai pujian netizen kepada lelaki itu, rata-rata daripada mereka sangat respect dengan apa yang dibuat oleh suami berkenaan kerana menghargai isterinya memasak walaupun hanya telur dadar. Dalam pada itu, ada juga yang berkongsi pengalaman memasak bersama suami mereka tetapi berlainan sekali kerana tidak dipuji seperti di dalam video tersebut.


[VIDEO] Bangun Malam Masakkan Telur Dadar Je, Suami Appreciate & Puji Melambung

[VIDEO] Bangun Malam Masakkan Telur Dadar Je, Suami Appreciate & Puji Melambung [VIDEO] Bangun Malam Masakkan Telur Dadar Je, Suami Appreciate & Puji Melambung [VIDEO] Bangun Malam Masakkan Telur Dadar Je, Suami Appreciate & Puji Melambung [VIDEO] Bangun Malam Masakkan Telur Dadar Je, Suami Appreciate & Puji Melambung [VIDEO] Bangun Malam Masakkan Telur Dadar Je, Suami Appreciate & Puji Melambung [VIDEO] Bangun Malam Masakkan Telur Dadar Je, Suami Appreciate & Puji Melambung

Sumber: TikTok kenandgratt

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!