[VIDEO] Bapa Bagi Hadiah Krismas Paling Teruk, Tapi Reaksi Budak Ini Win Habis

Tak dinafikan bahawa kanak-kanak membesar dengan perasaan ingin tahu yang sangat tinggi. Malah, semangat itulah mendorong mereka untuk melakukan pelbagai aktiviti atau perkara kesukaan masing-masing. Meskipun ibu bapa sudah lebih banyak ‘makan garam’ dan ilmu dalam kehidupan, hakikatnya adalah bukan senang bagi golongan dewasa untuk benar-benar mendalami perangai si manja. Lambat-laun, mungkin kita yang dikejutkan dengan gelagat mereka.

BACA: [VIDEO] Air Mata Kebahagiaan, Ibu Bapa Ini Terharu Anak Sudi Hadiahkan Mercedes

Saja bagi anak hadiah Krismas yang paling teruk..

Advertisement

Samalah perihalnya dengan situasi yang berlaku dalam video berdurasi 30 saat ini. Menurut pengguna akaun Twitter yang dikenali sebagai Justice Mojica ini, dia dan isteri sengaja mahu usik anak mereka iaitu Aria dengan hadiah yang paling teruk menjelang beberapa hari sebelum perayaan Krismas. Akan tetapi, lain pula yang terjadi apabila budak perempuan ini rupanya sangat suka dengan barang di dalam bungkusan tersebut.

Tak sangka dia akan bagi reaksi macam tu sekali..

Advertisement

Sejurus memperolehinya, riak wajah kanak-kanak berusia 2 tahun ini terus bertukar jadi sangat girang apabila mendapat tahu isinya adalah sebiji pisang. Aria begitu teruja hingga cepat-cepat menyuruh ibunya agar kupas buah tersebut sebelum memakannya. Lelaki tersebut memaklumkan bahawa dia sememangnya tidak menyangka bahawa reaksi diberikan Aria sangat comel meskipun hadiah diberikannya cukup simple saja.

Best dapat anak bersyukur macam ni…hati suci

Secara keseluruhannya, rakaman video tersebut telah menjadi tular di Amerika Syarikat dan seluruh dunia hingga mencecah lebih 350 ribu jumlah retweets setakat ini. Antara yang tidak ketinggalan memberikan reaksi positif adalah penyanyi dan pelakon Malaysia iaitu Adibah Noor. Ujarnya, kanak-kanak tersebut mempunyai hati yang sangat cuti apabila dia sikit pun tak merungut dengan pemberian hadiah berkenaan.

Advertisement

Sumber: Twitter iamlgndfrvr & IG lgndfrvr

Advertisement

Apa Komen Anda?