[VIDEO] Bapa Luah Kecewa Anak Hidap Masalah Saraf Akibat Tragedi Sungai Kim Kim

Dahulu, kehidupan kanak-kanak lelaki yang bernama Irfan Wafiy Idham Wazir ini sangat bahagia dan bermakna kerana mempunyai tahap kesihatan yang cukup baik seperti rakan sebaya yang lain. Malah dia juga merupakan antara pelajar cemerlang Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Dahlia dan bakal menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Namun kehidupan Irfan kini dilihat semakin suram selepas dia disahkan menghidap ‘Myo Kimia’ yang berpunca daripada tragedi pencemaran kimia Sungai Kim Kim sejak 3 bulan lepas.

BACA: “Kenapa Allah Ambil Mata Saya?” – Jawapan Ebit Lew Pada Pelajar Ini Bikin Sebak

Hidap masalah saraf pada kedua-dua belah kakinya…

Kredit Foto: Kosmo Online

“Kalau perlu tutup kilang, tutuplah! Nyawa lagi penting!”

Baru-baru ini, viral pula sebuah video yang memaparkan bapanya, Idham Wazir meluahkan perasaan kecewa semasa dalam sesi program Townhall bersama wakil pihak ker4jaan dan juga para pengilang. Antara perkara yang disentuh olehnya adalah pihak berwajib perlu lebih memandang serius dalam menyelesaikan isu ini serta menekankan yang nyawa insan adalah lebih penting daripada operasi kilang yang terdapat di sana.

Irfan tak boleh jalan lama & cepat lenguh…kadang terpaksa seret kaki

Menerusi laporan yang dipetik dari Kosmo! pula, Norlela Abu Hashim iaitu ibu kepada kanak-kanak lelaki tersebut memberitahu bahawa anaknya kini tidak boleh berjalan seperti biasa apabila kesihatannya terjejas gara-gara penangan pencemaran tersebut. Tambahnya lagi, anak keempat daripada 5 beradik ini juga tidak mampu berdiri ketika solat kerana tubuhnya akan terketar-ketar dan tidak stabil. Oleh sebab itu, Irfan terpaksa bergantung kepada penggunaan kerusi roda untuk bergerak.

Sumber: FB Norlela Abu HashimBuletin TV3 & Kosmo Online

Apa Komen Anda?