[VIDEO] “Bapaknya Over” – Aeril Zafrel Layan Anak Tiktok Bikin Netizen Terhibur

TikTok kini sudah menjadi suatu fenomena di seluruh dunia. Ramai yang telah tertarik dengan aplikasi ini dan merakamkan diri mereka untuk tontonan ramai. Aplikasi ini yang dulunya popular di kalangan anak-anak muda kini juga sudah pun menjadi ikutan para dewasa juga. Malahan, para selebriti tanah air kita juga ada yang membuat TikTok dan berkongsi dengan para pengikut mereka di media sosial.

BACA: [VIDEO] ‘Sporting’ Menari TikTok, Ramai Terkesima Wajah Menawan Ibu 4 Anak Ini

Di sebalik tabir

Terbaharu, pelakon Wawa Zainal telah berkongsi sebuah video di Instagram miliknya yang memaparkan kejadian di sebalik tabir semasa anak perempuannya Hayla menari membuat TikTok. Perkongsian yang  dimuat naik itu telah menarik perhatian ramai dan berjaya meraih sebanyak 431 ribu tontonan setakat ini.

Advertisement

Cameraman gelek sakan

Video itu turut memaparkan suaminya yang menjadi cameraman turut menari sama dengan anaknya. Mereka berdua yang seperti baru bangun tidur itu kelihatan terlalu bersungguh-sungguh membuat TikTok. Apa yang membuatkan netizen terhibur adalah gelagat Aeril Zafrel bergelek sambil merakam Hayla.

Advertisement
View this post on Instagram

Parah sangat da dua beranak ni.. pagi2 da bertiktok🥴 😂 @aeril_zafrel

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal) on

Advertisement

Bapaknya over

Rata-rata netizen terhibur menonton video yang memaparkan Aeril terlalu sakan melayan anaknya itu. Malahan, mereka memberitahu di ruangan komen bahawa karenah kedua-dua beranak ini sungguh comel. Ada juga yang berkata suami kepada pelakon ini sudah ‘masuk air’. 

Advertisement

Sumber: Instagram Wawa Zainal

Apa Komen Anda?