[VIDEO] Baru Bersalin Czer, Shila Amzah Tarik High Note Buat Netizen Terpaku

Pusingan separuh akhir Muzik-Muzik yang ke-34 minggu pertama sudah membuka tirainya semalam dan telah menyaksikan barisan penyanyi yang cukup hebat. Meskipun kebanyakan persembahan disampaikan dengan konsep bersahaja tanpa hiasan pentas yang sarat, namun masing-masing berjaya menonjolkan kelebihan mereka sendiri. Dalam 11 persembahan semalam, kemunculan Shila Amzah nyatanya mempunyai energy tersendiri sehingga menarik perhatian netizen.

BACA: Lirik Kontroversi Drama Band Raih Lagu Terbaik Semi Final Muzik Muzik 34

Baru bersalin secara ‘czer’ September lalu

Advertisement

Penyanyi wanita itu telah membawakan lagu ciptaan Farouk Roman dan Amylea yang bertajuk ‘Tiada Dirimu’. Walaupun masih belum sembuh secara keseluruhan selepas bersalin secara caesarean pada awal September lalu, dia berjaya menyampaikan lagu tersebut dengan baik sekali. Penghayatannya cukup dirasai oleh penonton yang menyaksikan persembahan daripada ibu baru itu.

Advertisement

 

Kat AJL lagi power nanti, InsyaAllah ada rezeki untuk lagu ini

Menerusi persembahan yang telah dilakukan semalam, rata-rata netizen memuji lontaran suara penyanyi wanita berkenaan. Mungkin ada kekurangan sedikit dari segi pernafasan namun ia tidak menjadi penghalang buat dirinya untuk menyampaikan lagu tersebut dengan penuh perasaan. 

Advertisement

Lagu ‘Drama’ terpilih sebagai lagu terbaik

Minggu pertama pusingan separuh akhir tersebut telah menyaksikan lagu ‘Drama’ dari kumpulan Drama Band berjaya diangkat sebagai lagu terbaik. Pusingan tersebut bakal diteruskan lagi untuk minggu kedua dan ketiga dengan penampilan lebih 19 buah lagu untuk menempah tiket ke pentas akhir. Kesemua peserta yang berjaya ke pusingan seterusnya bakal diumumkan setelah kesemua 30 buah lagu dipersembahkan. 

Advertisement

Sumber: Youtube TV9 Malaysia Official 

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?