Viral

[VIDEO] Baru Pesan Kat Motor ‘Stay Safe’, Sekali Tengok Dah Jadi Kapal Selam

[VIDEO] Baru Pesan Kat Motor ‘Stay Safe’, Sekali Tengok Dah Jadi Kapal Selam

Sharing is caring!

Perubahan cuaca yang mendadak serta pembangunan yang tidak terancang mendorong kepada masalah pengairan seterusnya bencana banjir kilat. Malah situasi ini boleh berlaku dalam waktu yang sangat singkat seperti satu kejadian di sebuah universiti swasta di Perak. Tular satu video di laman Twitter mengenai seorang pelajar yang sempat mendoakan motornya berada dalam keadaan baik dan selamat sewaktu hujan lebat. 

BACA: [VIDEO]Lelaki Memang Camni Eh?- Bosan Punya Pasal, Pelajar Buat Hal Di Hostel

Besar betul ujian member aku kalini

Perkongsian video oleh saudara Syazwi Mazlan itu bagaimanapun menunjukkan motor tersebut kemudiannya sudah tenggelam dalam air banjir secara keseluruhan. Helmet yang sering digunakan rakannya itu juga turut terapung dibawa air. Kelihatan beberapa buah motor pelajar lain serta kereta turut tenggelam dalam kejadian banjir kilat tersebut.


https://twitter.com/syazwimazlan/status/1183685816507224065

Kenapa tak ambil motor awal-awal

Susulan dari perkongsian video tersebut, ramai yang mempersoalkan kenapa kenderaan berkenaan tidak dialih terlebih awal namun dia telah memperjelaskan semuanya dalam tweet yang seterusnya. Sewaktu kejadian, mereka sama sekali tidak menyangka ianya akan berlaku memandangkan kawasan berkenaan tidak pernah berlaku banjir kilat. Tambahan pula sepanjang tempoh berkenaan, mereka berada di dalam kelas. 

[VIDEO] Baru Pesan Kat Motor ‘Stay Safe’, Sekali Tengok Dah Jadi Kapal Selam

Bapak syahdu woi moto jadi kapal selam

Video yang telah mendapat jumlah tontonan lebih 189,000 serta 19,500 retweet itu telah berjaya mencuti hati netizen. Walau bagaimanapun, ramai yang bersimpati dengan nasib motor pelajar berkenaan yang perlu kos yang agak tinggi untuk membaik pulih. 


 [VIDEO] Baru Pesan Kat Motor ‘Stay Safe’, Sekali Tengok Dah Jadi Kapal Selam [VIDEO] Baru Pesan Kat Motor ‘Stay Safe’, Sekali Tengok Dah Jadi Kapal Selam

[VIDEO] Baru Pesan Kat Motor ‘Stay Safe’, Sekali Tengok Dah Jadi Kapal Selam

Sumber: Twitter Syazwi 


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini