Hiburan

[VIDEO] Bawa Aura Negatif, ‘Ustaz Iman’ Dalam Episod Akhir J.K.K. Lawak Habis

[VIDEO] Bawa Aura Negatif, ‘Ustaz Iman’ Dalam Episod Akhir J.K.K. Lawak Habis

Sharing is caring!

Saban minggu, rancangan sitkom yang berunsurkan komedi iaitu Jenaka Kampung Kalut (J.K.K.) sering menghiburkan penonton setianya. Apa sahaja isu atau permasalahan yang telah berlaku bakal dibincangkan oleh ahli jawatankuasa kampung tersebut. Sama seperti musim-musim yang sebelumnya, J.K.K. pada musim kelima ini masih mengekalkan barisan pelawak terkenal seperti Ebby Yus, Ropie, Issey dan ramai lagi.

BACA: [VIDEO] Bawa Watak ‘Bapa Ayam’ Ustazah Pula, Azhan Rani Buat Ramai Rasa Geram

Watak ‘Ustaz Iman’ benar-benar uji keimanan

Bersempena minggu terakhir untuk musim kali ini, 2 episod berturut turut J.K.K. telah pun ditayangkan pada malam tadi. Antara yang paling mencuri tumpuan adalah kemunculan istimewa pelakon Azhan Rani sebagai Ustaz Iman. Walaupun mendakwa dirinya sebagai pendakwah dan pengiring umrah yang bertauliah, namun kedatangannya mencetuskan rasa ragu-ragu dalam masyarakat kampung kecuali Pak Din dan Pak Ropi. Malah dia juga sempat mengurat Lola (Ain Edruce) beberapa kali.


Pak Kodi & Pak Din terikut perangai agen umrah palsu

Gara-gara telah meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap Ustaz tersebut, kedua-dua sahabat karib ini secara tak langsung juga terikut dengan perangainya hingga sanggup memperlekeh orang kampung sendiri. Akibat itu juga, pembantu Pak Kodi yang dikenali sebagai Salman telah dihalau daripada kedainya apabila menyediakan hidangan hangus kepada tetamu mereka.

Pak Din ‘kantoi’ tengok skrip & Ustaz Iman hisap lolipop lawak habis

Bagaimanapun, niat sebenar Ustaz Iman akhirnya terbongkar apabila Salman telah bekerjasama dengan pihak polis untuk memberkasnya pada hari Pak Kodi dan Pak Din sepatutnya bertolak menunaikan umrah. Susulan episod itu, ramai netizen terhibur melihat gelagat yang ditampilkan oleh kesemua watak J.K.K. Malah ada yang turut menyatakan bahawa lawak-lawak spontan dalam sitkom ini pasti dirindui selepas ini.


[VIDEO] Bawa Aura Negatif, ‘Ustaz Iman’ Dalam Episod Akhir J.K.K. Lawak Habis

[VIDEO] Bawa Aura Negatif, ‘Ustaz Iman’ Dalam Episod Akhir J.K.K. Lawak Habis

[VIDEO] Bawa Aura Negatif, ‘Ustaz Iman’ Dalam Episod Akhir J.K.K. Lawak Habis

Sumber: IG azhan_rani & YouTube TV3MALAYSIA Official


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!