[VIDEO] Bawa ‘Balqis’ Versi Unik, Ini Reaksi DS Siti Nurhaliza Kepada Santesh!

Malam tadi, berlangsung sudah minggu kedua program realiti Big Stage 2019 di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam serta ditayangkan menerusi saluran Astro Ria. Ternyata persembahan kesemua 12 peserta sangat memukau sehingga menjadikan konsert malam tadi trending di laman Twitter. Bagaimanapun, Sheryl Shazwanie diumumkan sebagaim peserta perta,a yang tersingkir dalam pertandingan nyanyian ini apabila memperoleh peratusan undi yang terendah di penghujung rancangan tersebut.

BACA: Penyanyi ‘Kepuraanmu’ Tak Sertai Big Stage, Cemburu Tapi Mahu Fokus Benda Lain

Meriah Santesh nyanyi ‘Balqis’!

Terdapat beberapa peserta yang menjadi perhatian ramai, dan antaranya adalah Santesh Kumar. Walaupun penyertaannya dalam pertandingan Big Stage musim kedua ini pernah dipersoal ramai kerana usianya yang sudah mencecah 31 tahun, namun perkara itu sedikit sebanyak tidak menganggu fokus penyanyi ‘Amalina’ ini. Saksikan sedutan persembahan yang sempat dirakam malam tadi tatkala dia mendendangkan lagu lagenda, ‘Balqis’.

Dapat pujian Dato’ Sri Siti Nurhaliza sendiri

Meskipun lagu tradisional itu agak sukar untuk dibawa oleh mana-mana penyanyi berpengalaman, tetapi Santesh berjaya menyahut cabaran tersebut sekali gus memberikan persembahan yang padu serta mantap kepada para juri dan penonton. Usaha kerasnya turut berbaloi apabila dipuji oleh pelantun asal lagu keramat tersebut, iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

“Persembahan awak terbukti bagus malam ini. Satu persembahan yang menghiburkan dengan nyanyian yang menarik. Itulah tugas seorang penghibur. Saya sendiri tak terfikir untuk mengubah lagu seperti itu,” – Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Bukan senang bawa lagu TokTi, lagi2 yang rancak & nada tinggi…Mantap Santesh!

Selesai persembahan itu, Santesh juga memperoleh 85% markah daripada penyanyi nombor 1 negara itu disusuli 77% dan 79% masing-masing daripada Judika serta Datuk Syafinaz Selamat. Lengkap dengan busana yang berwarna-warni dan aksi tarian yang sangat meriah di atas pentas, ianya turut disifatkan ramai seperti sebuah persembahan di minggu akhir. Rata-rata netizen turut memuji penyanyi yang berasal dari Klang ini kerana berjaya memberikan saingan sengit terhadap peserta berbakat dari negara lain dalam program realiti ini.

Sumber: YouTube Budiey Channel & IG bigstageofficial

Apa Komen Anda?