[VIDEO] Bawa Lagu Sendiri Dalam Bahasa Korea, Sarah Suhairi Buat Ramai Terpegun

Meskipun kemaraan lagu pertamanya terhenti setakat di peringkat separuh akhir Muzik Muzik 34 baru-baru ini, namun bakat Sarah Suhairi nyata mempunyai keunikan tersendiri. Jika sebelum ini dia berpeluang menyampaikan lagu dangdut di sebuah festival di Busan, penyanyi kecil molek ini sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila membuat persembahan di pantai Haeundae, Korea Selatan menerusi salah satu segmen rancangan Youtuber sensasi Blimey.

BACA: [VIDEO] Sarah Suhairi ‘Daebak’, Nyanyi Lagu Dangdut Depan Ribuan Penonton Korea

Advertisement

Pertama kali buskingnervous penerimaan masyarakat tempatan

Walaupun bergelar juara sulung program realiti ‘Big Stage’ sejak tahun lepas, namun Sarah tidak pernah melakukan aktiviti busking sepanjang hidupnya. Demi menghiburkan pengunjung di lokasi berkenaan, artis berusia 19 tahun ini malah membuat persiapan yang sangat rapi dan juga lengkap terutamanya menyebut lirik dalam bahasa Korea dengan tepat.

Advertisement

Siap nyanyikan lagu sendiri dalam bahasa Korea

Meskipun perlu berhadapan dengan pelbagai risiko seperti angin kuat dan cuaca yang amat sejuk di pantai tersebut, namun siapa sangka Sarah Suhairi berjaya menarik minat ramai pengunjung untuk menyaksikan persembahannya. Berbekalkan sebuah gitar, dia berjaya menyampaikan kesemua 5 lagu termasuklah ‘Eyes, Nose, Lips’ (Taeyang) dan lagu sendiri iaitu ‘Rise and Fall’ yang digubah ke dalam bahasa Korea oleh salah seorang ahli Blimey.

Advertisement

Advertisement

View this post on Instagram

Eyes Nose Lips – Taeyang (cover) tune in to @blimeytoyou Youtube Channel for more❤️

Advertisement

A post shared by Sarah Suhairi (@sarahsuhairi) on

Rakyat Malaysia bangga…harap rezeki dekat Korea lebih banyak

Advertisement

Susulan paparan terbabit, rata-rata peminat dan netizen memuji usaha yang dilakukan olehnya kerana berjaya menjadi duta kecil Malaysia di sana. Dalam pada itu, ramai juga yang terinspirasi dengan kejayaan dikecapi Sarah Suhairi hingga ke hari ini dan mahu mendengar lagu yang dialih bahasa tersebut dalam versi Korea sepenuhnya.

Advertisement

Advertisement

Sumber: IG sarahsuhairi & Twitter cozykidult

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?