Hiburan Viral

[VIDEO] Bawa Lawak Pantun Spontan, Satu Dewan Berdekah Tengok Aksi Yoe Parey

[VIDEO] Bawa Lawak Pantun Spontan, Satu Dewan Berdekah Tengok Aksi Yoe Parey

Sharing is caring!

Semalam telah berlangsungnya pentas suku akhir bagi program realiti Maharaja Lawak Mega yang menampilkan barisan pelawak tanah air terkenal. Bertemakan ‘Parodi dan Trend Terkini’, setiap peserta dilihat berjaya menyajikan sketsa-sketsa lawak yang menarik seiring peredaran masa bagi menambat hati para juri profesional dan juga penonton. Walau bagaimanapun, sebuah lagi kumpulan iaitu ‘Stone’ tersingkir dan gagal mara untuk beraksi di pentas akhir. 

BACA: [VIDEO] Dedah Realiti Perangai Orang Di Pawagam, Persembahan Bocey Dipuji Ramai

Saat Yoe muncul, satu dewan bersorak

Antara yang paling mendapat perhatian semalam adalah persembahan daripada kumpulan Bocey apabila mereka menampilkan tetamu undangan paling tidak disangka-sangka iaitu Yoe Parey. Umum sedia maklum, Yoe sebelum ini sering muncul dalam siri ‘Drama Spontan’ terbitan Syahmi Sazli yang kian popular di media sosial dengan aksi menghiburkan. Nyata percaturan kumpulan berkenaan menjemput pemuda itu berhasil apabila meraih gelaran juara mingguan. 


Bocey ajak Yoe berpantun di pentas MLM 2019

Bijak memanfaatkan peluang, Bocey berjaya menggunakan kelebihan lelaki tersebut dalam berpantun serta menggunakan peribahasa secara rawak. Tak kering gusi para juri dan penonton dibuatnya bila mendengarkan lawak-lawak spontan yang keluar daripada mulut insan istimewa tersebut. Mengulas kembali persembahan semalam, Bocey sangat berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan oleh Yoe. Bahkan Syahmi Sazli sendiri sangat berbangga kerana anak buahnya yang selama ini beraksi dalam video berjaya mencuit hati ramai atas pentas pula.

Wei menangis aku gelak, setan betul

Rata-rata netizen memberikan reaksi yang sangat positif mengenai persembahan tersebut. Mereka dilihat memuji aksi kumpulan berkenaan yang turut bijak mengawal situasi apabila muncul aksi spontan daripada tetamu undangannya itu. 


[VIDEO] Bawa Lawak Pantun Spontan, Satu Dewan Berdekah Tengok Aksi Yoe Parey [VIDEO] Bawa Lawak Pantun Spontan, Satu Dewan Berdekah Tengok Aksi Yoe Parey [VIDEO] Bawa Lawak Pantun Spontan, Satu Dewan Berdekah Tengok Aksi Yoe Parey

 

Sumber: Facebook Yoe Parey , Instagram Zon Lawak, Astro Gempak, Syahmi Sazli

 

 


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!