Hiburan Viral

[VIDEO] Bawa Restu Ibu, Anggota K-Clique Perjelas Bagaimana Tercetus Nama ‘MK’

[VIDEO] Bawa Restu Ibu, Anggota K-Clique Perjelas Bagaimana Tercetus Nama ‘MK’

Sharing is caring!

Kumpulan rap K-Clique nampaknya semakin menempa nama dalam industri muzik Hip Hop di Malaysia. Setiap gelagat dan aktiviti yang dibuat oleh kumpulan dengan 8 orang anggota ini seringkali mendapat perhatian para peminat khususnya Muhammad Hairi Amin bin Hamdan. Dia juga menggunakan MK sebagai nama pentas dan sempat menjelaskan maksud di sebalik gelaran tersebut menerusi perbualan di sebuah stesen radio.

BACA:Energy Dia, Power!-Tak Padan Kecil, MK K-Clique Terkejut Lihat Bakat Budak Ni

Dekat kampung orang panggil Hairi, Mat..

Dalam temu bual bersama penyampai radio Hot Fm, MK sempat memperjelaskan rupa-rupanya nama tersebut merupakan gabungan daripada namanya sendiri dan juga ibu. ‘M’ untuk Muhammad dan ‘K’ untuk Kamariah. ‘Hairi’ pula merupakan nama panggilan yang sering digunakan oleh rakan-rakan dan keluarga terdekat.


[VIDEO] Bawa Restu Ibu, Anggota K-Clique Perjelas Bagaimana Tercetus Nama ‘MK’

Nampak sangat manja dengan ibu

Sebelum ini, penyanyi terbabit pernah viral apabila video dirinya yang mesra bersama si ibu dimuat naik di laman sosial. Dia nampaknya terkenal dengan sikap penyayang kepada ibunya dan mula disifatkan sebagai seorang anak yang baik setelah video berikut menjadi tular.

Humble dia ni, tapi kat pentas macam bukan dia

Video yang dikongsikan di laman rasmi Instagram stesen radio tersebut sudah meraih 64,000 tontonan. Keletah MK sering saja mendapat reaksi menarik dari netizen, tambahan pula dengan sikapnya yang sering malu-malu di depan kamera. Pemuda itu juga turut mendapat pujian peminat apabila menggabungkan namanya dengan ibu tercinta.Β 


 

[VIDEO] Bawa Restu Ibu, Anggota K-Clique Perjelas Bagaimana Tercetus Nama ‘MK’ [VIDEO] Bawa Restu Ibu, Anggota K-Clique Perjelas Bagaimana Tercetus Nama ‘MK’ [VIDEO] Bawa Restu Ibu, Anggota K-Clique Perjelas Bagaimana Tercetus Nama ‘MK’

Sumber: Twitter Sofea & Instagram Hotfm


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini