[VIDEO] Bayi Meratap Tanpa Henti Sebelah Jasad Ibu, Ayah Pula Kirim Nota Sebak

Kehilangan ibu bapa atau ahli keluarga tercinta tak dinafikan boleh memberi impak yang sangat mendalam terhadap seseorang. Selain dirundum episod kesedihan, hidup juga pasti tidak akan sama seperti sebelumnya. Begitulah gambaran nasib yang menimpa seorang lelaki dan cahaya mata tunggal dari Indonesia ini apabila isterinya pulang ke rahmatullah sekitar 13 Disember yang lalu.

BACA: Dulu Menyerupai Lelaki, Kini Bekas ‘Pengkid’ Selamat Lahirkan Baby Lelaki Pula

Sayang…kenapa terlalu cepat perginya?

Advertisement

“Mama.. Mama…”

Kisah mereka mula menjadi perhatian ramai apabila video yang memaparkan kanak-kanak perempuan itu meratap sebelah jasad ibunya tular di laman media sosial. Selain dilihat mahu memeluk insan yang melahirkannya, anak kecil itu turut menangis mahukan ibunya kembali. Moment yang hiba itu nyata membuatkan orang di sekeliling turut menangis sama.

Advertisement

Buruk mana pun hari yang dilalui…mama & papa tetap rumah bagimu

Apa yang lebih menyayat hati lagi, lelaki tersebut juga sempat mencoret nota istimewa buat anaknya bernama Aqilla itu. Antaranya adalah pesanan yang sangat berguna apabila dia sudah meningkat dewasa kelak dan Tonji sempat memberi gambaran betapa tingginya kasih sayang dicurahkan daripada isteri serta dirinya. 

Advertisement

Advertisement

Kamu mampu tunjukkan pada dunia masa depanmu cerah

Dalam pada itu, dia turut menasihati Aqilla agar jangan pernah ragu-ragu atau cuba untuk menjadi seperti orang lain. Sebaliknya, dia meletakkan setinggi-tinggi harapan agar anak ini menjadi insan yang berguna dan boleh membanggakan kedua-dua orang tuanya pada suatu hari nanti. Sehingga kini, posting yang dimuat naik oleh pengguna Facebook bernama Insan Tonji tersebut telah meraih lebih 100 ribu perkongsian.

Advertisement

Sumber: FB Insan Tonji

Advertisement

Apa Komen Anda?