Viral

[VIDEO] Bebel Mengalahkan Mak-Mak, Celoteh Lelaki Ni Jaga Baby Game Lawak Habis

[VIDEO] Bebel Mengalahkan Mak-Mak, Celoteh Lelaki Ni Jaga Baby Game Lawak Habis

Sharing is caring!

Pada zaman serba canggih kini, boleh dikatakan setiap daripada kita memiliki gajet peribadi masing-masing. Selain digunakan untuk bersosial, fenomena online gaming turut semakin mendapat sambutan sejak kebelakangan ini. Malah permainan video jenis Simulasi Kehidupan Nyata (RPG) semakin mendapat tempat dalam generasi muda kerana benar-benar memperlihatkan cara sesuatu watak ‘hidup’ dalam dunianya sendiri.

BACA: “12 Tahun Pandai Buat Game” – Netizen Teruja Dan Beri Sokongan Pada Budak Ini

“Rakan-rakan…mana susu budak ini?”

Sebagai contoh, gamers yang dikenali sebagai Syahmi pernah berkongsi reaksinya ketika bermain sejenis aplikasi game popular. Memegang watak sebagai penjaga bayi yang banyak karenahnya, ternyata kesabaran pemuda ini telah diuji dengan sangat hebat. Mana tidaknya, Syahmi malah sempat berwirid ketika menguruskan baby tersebut.

Memang bukan ibu mithali…dah rupa mak tiri


Selain cabaran menyediakan susu, dia juga perlu memenuhi semua permintaan lain termasuklah seperti mandikannya serta memberi mainan. Namun gara-gara itu jugalah, pemuda ini telah membebel dan terlepas kata sepanjang menghabiskan permainan ini.

[VIDEO] Bebel Mengalahkan Mak-Mak, Celoteh Lelaki Ni Jaga Baby Game Lawak Habis

Sumpah terhibur…baru game, belum anak betul-betul lagi

Ternyata celoteh spontan yang keluar daripada mulut lelaki tersebut telah meraih lebih 160 ribu jumlah tontonan setakat ini. Rata-rata netizen yang tidak pernah menyaksikan game tersebut berasa terhibur dengan tahap kekusutan yang dialami oleh Syahmi. Malah, ada yang turut berseloroh bahawa dia perlu mendalami lebih banyak ilmu keibubapaan sebelum mendirikan rumah tangga sebenar.

[VIDEO] Bebel Mengalahkan Mak-Mak, Celoteh Lelaki Ni Jaga Baby Game Lawak Habis


[VIDEO] Bebel Mengalahkan Mak-Mak, Celoteh Lelaki Ni Jaga Baby Game Lawak Habis

[VIDEO] Bebel Mengalahkan Mak-Mak, Celoteh Lelaki Ni Jaga Baby Game Lawak Habis

[VIDEO] Bebel Mengalahkan Mak-Mak, Celoteh Lelaki Ni Jaga Baby Game Lawak Habis

Sumber: Twitter syahmiiizaim


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!