Family Inspirasi

[VIDEO] Bekas Pemain JDT, R.Gopinathan Sah Memeluk Agama Islam

[VIDEO] Bekas Pemain JDT, R.Gopinathan Sah Memeluk Agama Islam

R. Gopinathan, bekas pemain Johor Darul Takzim (JDT) dan juga Pahang FA telah sah memeluk agama Islam hari ini. Gopi pernah menyarung jersi pasukan Tok Gajah selama 5 tahun sebelum berpindah ke The Red Giants pada tahun 2016 dan setahun kemudian beralih ke pasukan JDT. Pemain bola tersebut telah berjaya menyebut dua kalimah syahadah di Pejabat Majlis Agama IsIam Pahang. 

BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini

Alhamdulillah, dah bergelar saudara baru

Gopi akan menggunakan nama Islam barunya, Muhammad Gopi Rizqi Bin Rama Chandran. Satu video detik dirinya menjadi saudara baru telah dirakam dan dikongsi. Dia kelihatan sangat tenang dalam video tersebut. Pemain bola tersebut juga bakal melangsungkan perkahwinan bersama seorang gadis Melayu tidak lama lagi.

 

Dua tahun pendam hasrat

Ketika ditemu ramah pengamal media, dia tertarik kerana memerhatikan saudara dan rakan sepasukan menjalankan ibadah. Perubahan kehidupan selepas saudaranya memeluk agama Islam sebelum ini turut menguatkan lagi keputusannya untuk bergelar saudara baru. Keluarganya juga menerima baik keinginan dirinya untuk menukar agama. 

[VIDEO] Bekas Pemain JDT, R.Gopinathan Sah Memeluk Agama Islam

Pernah mewakili Malaysia

Muhammad Gopi sebelum ini juga pernah menyumbang satu gol sewaktu perlawanan Piala AFC menentang kelab Myanmar, Magwe FC dan terikat 1-1. Setelah berkhidmat bagi pasukan JDT, dia beralih ke Melaka United dan  menjaringkan gol sewaktu menentang Pahang FA Julai lalu. Walau bagaimanapun, dia masih belum menetapkan hala tujunya untuk musim yang akan datang.

[VIDEO] Bekas Pemain JDT, R.Gopinathan Sah Memeluk Agama Islam
Gambar Kredit The Goal

Sumber: Harian Metro dan Twitter Hafiq 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Bekas Pemain JDT, R.Gopinathan Sah Memeluk Agama Islam

Facebook

Telegram