[VIDEO] Belanja Lagu Di IG, Bekas Peserta AF Ini Dipuji Suara Ala2 Mariah Carey

Dalam era digital kini, ramai anak muda suka mempamerkan bakat mereka dalam media sosial. Lebih-lebih lagi, banyak aplikasi media sosial seperti Tik Tok, Smule dan MadLipz.  Terbaharu, seorang gadis comel ini menjadi tumpuan warganet apabila video nyanyiannya di Instagram ditularkan. Menariknya, gadis itu sebenarnya pernah memasuki satu program realiti popular iaitu Akademi Fantasia pada tahun 2015. Netizen menyifatkan gadis tersebut memilik suara yang sangat hebat! 

BACA: Bukan Biasa-Biasa – Rap Gadis Baju Kurung Ni Padu, Joe Flizzow Pun Tergamam!

Gadis yang dimaksudkan itu adalah Billa AF2015. Billa mungkin jarang kita lihat di kaca televisyen tapi dia sebenarnya giat memuat naik video nyanyiannya di Instagram dan ternyata suaranya memukau pengikut di laman sosial tersebut. Tak percaya? Jom kita dengar Billa cover lagu Mariah Carey ini. 

Cover terbaik pernah saya dengar

Dalam satu video, Billa telah menyanyikan sebuah lagu yang popular daripada Mariah Carey iaitu My All dan netizen memuji nyanyian itu adalah cover yang terbaik pernah didengar. 

Berbakat seperti Adibah Noor

Selain memuji kelunakan dan kebolehan Billa dalam nyanyian, netizen turut meluahkan rasa kecewa kerana bakat Billa ini belum begitu dipandang oleh peminat muzik tanah air. Selain itu, netizen juga menyamakan bakat yang dimilikinya sama seperti penyanyi senior, Adibah Noor. 

Mariah Carey Malaysia

Paling mendapat tumpuan di ruangan komen selain pujian yang melambung kerana suaranya, netizen juga menyamakan suara Billa seperti Mariah Carey kerana dia juga kerap menyanyikan lagu-lagu daripada penyanyi wanita tersebut. Mereka turut berharap yang bakat Billa AF2015 atau anak kepada ahli kumpulan ‘Wings’ ini akan dikenali kelak di Malaysia. 

Sumber: Twitter Muzikkita & IG Billa Najmi

Apa Komen Anda?