[VIDEO] Belum Habis GV Naqiu Ditawar Berlakon, Tapi Ramai Geram Kejap Sangat

Nampaknya percaturan Naqiu Boboy untuk membuat kemunculan semula atau comeback ke industri hiburan menerusi program realiti Gegar Vaganza musim ke-6 ternyata berbaloi. Selain menerima banyak kritikan membina daripada para juri, bahkan aksi persembahannya juga dikatakan semakin menarik. Malah penyanyi berusia 33 tahun ini turut dijangka mara ke pusingan akhir kira-kira 2 minggu lagi.

BACA: [VIDEO] Keberanian Naqiu Dipuji, Tak Ramai Mampu Nyanyi Tanpa Iringan Muzik

Advertisement

Belum habis GV…dah berlakon drama

Siapa sangka, populariti yang diraihnya turut menarik minat pihak produksi drama cinta terbaru berjudul ‘Satukan Rasa’.  Menariknya, dia juga memegang watak yang ada kaitan dengan pelakon utama iaitu Siti Nordiana (Indah) serta Khai Bahar (Jai).

Advertisement

Penampilan istimewa Naqiu yang ditunggu ramai

Di hujung babak episod ke-10 yang berlangsung malam tadi, Indah telah dipadankan dengan Jai untuk membuat persembahan depan khalayak ramai. Namun tidak semena-mena, dia terbayang pula suaminya yang telah tiada apabila selesai menyampaikan lagu. Lelaki bernama Amir itulah yang dibawakan oleh figura bapa kepada 5 orang anak tersebut.

Tengok senyuman pun cair dah…Tapi tak cukup, penat tunggu

Menerusi ruangan komen di laman Instagram rasmi Naqiu Boboy, ramai mengandaikan bahawa kemunculannya ada kaitan dengan niat Indah yang mahu kembali menyertai bidang nyanyian. Meskipun penampilan segaknya dalam babak ini mendapat pujian, namun rata-rata peminat turut meluahkan rasa tidak puas hati kerana cuma bertahan untuk beberapa saat sahaja.

Advertisement

Advertisement

Sumber: IG thisisnaqiu & _zweena_ 

Advertisement

Apa Komen Anda?