Kalau bercakap mengenai usia, golongan perempuan memang agak sensitif mendengar isu tersebut. Lebih-lebih lagi yang sudah memasuki usia 30 tahun dan ke atas. Salah cakap sikit sahaja pun sudah boleh menjadi punca untuk bertekak mulut. Sukar untuk dipercayai, namun demikianlah situasi yang dilalui remaja di India ini apabila tindakannya menegur seorang wanita dengan satu panggilan akhirnya bertukar menjadi perselisihan faham.
BACA: Rupanya Anak Hantar Minta Sedekah Di Mall? Terdedah Kisah Sebenar Makcik Viral
Tiba-tiba je bengang orang panggil ‘mak cik’, ajak bertengkar
Menerusi portal India Times, wanita berusia 40 tahun itu naik berang apabila dipanggil ‘mak cik’ oleh seorang remaja yang menegurnya. Bengang dengan tindakan itu, perempuan tersebut bertindak mengangkat tangan ke muka gadis berkenaan sebelum mereka berdua akhirnya bertengkar. Menurut kata saksi, kejadian tersebut berlaku ketika remaja berusia 19 tahun ingin meminta laluan di tengah kesibukan pasar.
Bawak pergi settle kat balai, kedua-duanya akhirnya berdamai jugak
Susulan kekecohan itu, orang ramai yang turut berada di lokasi kejadian mengerumuni kedua-duanya. Mereka sama sekali tidak menyangka isu kecil itu bertukar menjadi pertengkaran yang besar. Bagi meredakan ketegangan yang berlaku, pihak polis telah hadir dan membawa mereka ke balai berdekatan untuk mengambil keterangan. Kedua-dua individu yang terlibat akhirnya bersetuju untuk tidak memanjangkan cerita dan berdamai.
Sumber: Portal India Times & Youtube Pakistan Latest
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura