Viral

[VIDEO] Bengang Suami Selingkuh, Isteri Tibai Perampas Guna Balang Sampai Pecah

[VIDEO] Bengang Suami Selingkuh, Isteri Tibai Perampas Guna Balang Sampai Pecah

Sharing is caring!

Bahagia melayari rumah tangga selama bertahun-tahun, isteri mana yang boleh duduk diam apabila suami sendiri selingkuh dengan wanita lain? Agaknya, demikianlah kenyataan yang sesuai menggambarkan keadaan seorang isteri di Indonesia baru-baru ini. Bagai tidak dapat menahan amarah di dada, dia nekad memberikan pengajaran kepada wanita pelakor (perebut lelaki orang) yang telah mengganggu perkahwinannya bersama suami.

BACA : Termakan Semua Janji Manis, Gadis Teresak Kantoikan Teman Lelaki Selingkuh

Dapat tahu suami main kayu tiga…Isteri hempuk kepala ‘pelakor’ guna balang

Video perbalahan mereka semua yang berlaku dalam sebuah rumah menjadi viral sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen. Berdurasi sepanjang 43 saat sahaja, dapat disaksikan si isteri benar-benar ‘naik hantu’ sehingga sukar ditenangkan oleh suaminya. Lebih mengejutkan lagi apabila adegan terbabit diakhiri dengan tindakan si isteri yang menghempuk sebuah balang ke bahagian kepala wanita perampas berkenaan sehingga pecah berderai. Seorang lagi individu yang kelihatan dalam video ini juga didakwa sebagai anak mereka.


Suami & wanita terbabit ‘bernikah siri’…Suruh berpisah tapi ingkar

Melalui laporan daripada portal Tagar.id, wanita ini telah membuat laporan polis dan beranggapan perilaku suaminya harus diberikan hukuman setimpal. Wajar sahaja kemarahan yang dipaparkan adalah sangat serius, rupanya ini bukanlah kemelut kali pertama dilakukan oleh lelaki terbabit. Bahkan pada tahun 2018 dahulu, mereka berdua dikatakan sudah bernikah siri (pernikahan tanpa pengetahuan pejabat agama).

Saya tahu benda ni dari 2018. Mereka berdua kahwin tanpa izin. Dulu suami dah janji akan buat pengakuan depan polis & takkan ulang kesalahan sama. Ada minta dia lepaskan isteri kedua. Ternyata dia ingkar. Ini kejadian kali kedua dengan wanita sama. – Isteri


[VIDEO] Bengang Suami Selingkuh, Isteri Tibai Perampas Guna Balang Sampai Pecah

Sumber : YouTube Tribun Timur & Portal Tagar.id


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!