Cinta

[VIDEO] Berat Sama-Sama ‘Naik’ Lepas Kahwin, Isteri Dipuji Pandai Jaga Suami

[VIDEO] Berat Sama-Sama ‘Naik’ Lepas Kahwin, Isteri Dipuji Pandai Jaga Suami

Sharing is caring!

“Amboi sejak kahwin ni makin berisi nampak, bahagia betul ye?” Itulah bentuk soalan atau sindiran yang sering diajukan kepada golongan lelaki setelah mendirikan rumah tangga. Macam mana tak naik, makan minum sudah tersedia sampaikan nak pergi bersenam pun dah jarang. Walaupun perut buncit ini dapat menggugat penampilan mereka, tapi percayalah bahawa sayang isteri takkan pernah pudar.

BACA: Body Jadi Slim Sepantas 3 Minggu, Gadis Capai Berat Ideal Dengan Diet Atkins

Sebelum bercinta slim…lepas kahwin suami makin kembang

Baru-baru ini, sebuah video di TikTok telah mencuri perhatian ramai apabila memaparkan perubahan bentuk badan yang dialami oleh suami kepada Rabika ini. Walaupun pada zaman bujang dia nampak begitu slim, tapi berat badannya ternyata naik mendadak selepas berkahwin.


@rabikaa_ikaa

Haha kembang ye

♬ bunyi asal – ✨ RABIKA ✨ – ✨ RABIKA ✨

Nak adil…kongsi perubahan lepas kahwin versi isteri juga

Gara-gara mahu bersikap adil, wanita berkenaan turut memuat naik video transformasi dirinya sejak zaman muda hingga sekarang. Ternyata ‘kebahagiaan’ suami juga memberikan tempias kepadanya walaupun tidak ketara sangat menerusi kompilasi gambar yang dipaparkan.

@rabikaa_ikaa

(PART 2) ok ni versi perempuan plk ya 😅 sya naik skit je 😝 adilkn .

♬ bunyi asal – ✨ RABIKA ✨ – ✨ RABIKA ✨

Nak cari laki slim dulu lepas tu, bila ada geng sama-sama besarkan badan..

Meraih lebih 50 ribu tontonan, kedua-dua klip video tersebut rancak dihujani dengan pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata mereka berseloroh tentang perubahan ketara yang dialami mereka, selain memuji si isteri pandai menjaga suami dengan baik.


[VIDEO] Berat Sama-Sama ‘Naik’ Lepas Kahwin, Isteri Dipuji Pandai Jaga Suami [VIDEO] Berat Sama-Sama ‘Naik’ Lepas Kahwin, Isteri Dipuji Pandai Jaga Suami [VIDEO] Berat Sama-Sama ‘Naik’ Lepas Kahwin, Isteri Dipuji Pandai Jaga Suami [VIDEO] Berat Sama-Sama ‘Naik’ Lepas Kahwin, Isteri Dipuji Pandai Jaga Suami

Sumber: TikTok @rabikaa_ikaa


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!