Viral

[VIDEO] Beria Angkat Phone Tinggi Nak Rakam, Tapi Rupanya Tak Tekan Record

[VIDEO] Beria Angkat Phone Tinggi Nak Rakam, Tapi Rupanya Tak Tekan Record

Sharing is caring!

Dahulu, kalau tengok sesebuah persembahan di jalanan, kita akan kekal fokus melayani lagu yang didengari. Namun dengan wujudnya telefon bimbit, perhatian agak teralih disebabkan semua itu boleh dirakam dan seterusnya disimpan dalam galeri peranti mudah alih tersebut. Rakaman berkenaan dapat ditonton kembali di waktu lapang atau saat kebosanan. Namun kadangkala, kita pun tak perasan akan teknologi tersebut jika tidak digunakan dengan cara yang betul seperti seorang pemuda ini yang sempat viral

BACA: Muka Dia Tak Nampak Penipu Lelaki Ini Kecewa Jual Phone Dibayar Duit Palsu

Dah lenguh tangan angkat tinggi-tinggi tapi tak rakam

Video itu telah dimuat naik oleh seorang pelayar Twitter, @aqimochi sebelum tular. Jelasnya, pemuda tersebut sedang menonton persembahan daripada satu kumpulan busker di ibu negara. Namun, matanya secara tiba-tiba tertangkap pada seorang lelaki lain yang turut berada di tempat berkenaan. Individu tersebut didapati mengangkat telefon bimbitnya dengan tinggi bertujuan untuk merakam nyanyian berkenaan. Tetapi usahanya itu boleh dikatakan sia-sia apabila dia sebenarnya terlupa menekan butang record


Tak tahu nak gelak ke kesian

Ada yang beranggapan kemungkinan tujuan lelaki itu merakam tanpa menekan butang adalah untuk melihat persembahan tersebut dengan lebih dekat dan juga jelas. Walau bagaimanapun, wajah sedih jelas terpancar pada wajah lelaki berkenaan selepas menyedari rupanya nyanyian yang disaksikan tadi tidak terakam dalam telefonnya.

[VIDEO] Beria Angkat Phone Tinggi Nak Rakam, Tapi Rupanya Tak Tekan Record

[VIDEO] Beria Angkat Phone Tinggi Nak Rakam, Tapi Rupanya Tak Tekan Record

Aku selalu buat macam ni kalau mata rabun tak nampak

Melihat kepada ruangan komen, netizen dilihat sempat meluahkan rasa simpati dengan kejadian tersebut walaupun dilihat kelakar pada awalnya. Dalam masa sama, ada juga yang mengakui pernah membuat cara sama saat tidak dapat melihat menu pada kedai makan dengan jelas.


[VIDEO] Beria Angkat Phone Tinggi Nak Rakam, Tapi Rupanya Tak Tekan Record

[VIDEO] Beria Angkat Phone Tinggi Nak Rakam, Tapi Rupanya Tak Tekan Record [VIDEO] Beria Angkat Phone Tinggi Nak Rakam, Tapi Rupanya Tak Tekan Record [VIDEO] Beria Angkat Phone Tinggi Nak Rakam, Tapi Rupanya Tak Tekan Record

Sumber: Twitter Aqim0chi

 


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!