[VIDEO] Beria Berjalan Acah Model, Dah Hujung-Hujung Berdekah Terhantuk Tingkap

Bukan sahaja berpenampilan menarik, tetapi cara berjalan dan postur tubuh juga merupakan antara aspek penting dalam bidang peragaan. Jika diperhatikan pada segenap media sosial sekarang, ramai anak muda yang tampak penuh bergaya persis seorang model. Malah sebahagiannya turut mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Namun realitinya, ia tidaklah seindah yang disangka kerana sedikit kecuaian sahaja boleh ‘memakan’ diri sendiri.

BACA: [FOTO] Cantik Kalah Model Dewasa, Si Cilik Ini Dinobat Miss Teen Thailand 2019

Berangan nak jadi model sangat

Begitulah ungkapan yang sesuai tatkala menonton perkongsian daripada seorang pengendali akaun Twitter bernama @nep86_ baru-baru ini. Dalam rakaman tersebut, pemuda ini kelihatan begitu beria-ia berjalan dengan penuh yakin seperti seorang model di hadapan rakan yang lain. Belum habis menayangkan bakat terpendam, ada kejadian yang tidak disangka-sangka telah berlaku. 

Advertisement

Nak tengok sesuatu kat luar sampai tak nampak tingkap

Bercerita lanjut, kejadian itu dikatakan bermula selepas lelaki berkenaan cuba untuk meninjau sesuatu yang berada di luar bangunan tersebut melalui tingkap. Tak perasan bahawa cermin tingkap itu masih lagi tertutup, dengan tidak semena-mena lelaki itu telah terhantuk dan terus berundur ke belakang. Seakan-akan menahan malu, gelagat rakan-rakan yang sakan mentertawakannnya telah menjadikan peristiwa itu lebih lucu dan menghiburkan. 

Kuat betul bunyi ‘gedegang’ tu. Selamat tak pecah cermin tu

Video berdurasi 14 saat itu nyata telah dibanjiri oleh pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-ratanya tampak terhibur melihatkan babak  tersebut sambil berseloroh di ruangan komen. Tidak terkecuali, sebahagiannya juga sempat berseloroh di ruangan komen dengan kata-kata yang melucukan. Keseluruhannya, posting tersebut telah mendapat lebih 90 ribu tontonan setakat ini. 

Advertisement

Sumber: Twitter nep86_

Advertisement

Apa Komen Anda?