[VIDEO] Berjaya Capai Impian, Pemuda Hadiahkan Ibu Bapa Pakej Umrah & Telefon

Bukan mudah untuk membesarkan anak-anak supaya menjadi orang yang berguna. Banyak keringat dan juga wang dihabiskan sepanjang perjalanan tersebut sehinggalah mereka meningkat dewasa dan mampu berdikari. Jadi sebagai seorang anak, apa salahnya kalau sesekali ambil peluang untuk berkongsi rezeki dengan ibu bapa masing-masing. Turut tak terkecuali seorang pemuda ini yang berkesempatan menghadiahkan kedua orang tuanya hadiah paling berharga buat mereka. 

BACA: Lepas Suami, Isteri Pula Hembus Nafas Akhir Waktu Kerjakan Umrah Di Tanah Suci

Ibu dapat pakej umrah, ayah dapat handphone

Advertisement

Perkongsian tersebut telah dimuat naik oleh lelaki itu, @poxjaxx di laman Twitter miliknya. Terserlah kegembiran pada wajah kedua ibu bapa saat menerima pemberian oleh anak sulung mereka itu. Khas buat si ibu, dia menerima satu pakej umrah yang akan ditunaikan pada tahun hadapan. Kepada si ayah pula, pemuda berkenaan menghadiahkan sebuah telefon pintar berjenama dek kerana lelaki tersebut tidak dapat turut serta ke tanah suci bagi menjaga anak-anak yang masih bersekolah. 

Dulu tak mampu pun pergi bercuti

Jelasnya lagi, dia bukanlah berasal daripada keluarga yang senang-lenang. Oleh sebab itu, pemuda tersebut bertungkus-lumus membahagiakan seisi keluarganya dengan membelanjakan wang untuk bercuti serta mereka keluar makan bersama. Walaupun ia nampak tidak seberapa bagi orang lain, namun sudah cukup untuknya asalkan dapat melihat senyuman oleh insan-insan tersayang.

Advertisement

Mudah-mudahan Allah lipat gandakan lagi rezeki untuk kau

Advertisement

Video berdurasi kurang seminit itu telah mendapat lebih 65,400 jumlah tontonan beserta 3,200 retweets. Rata-rata netizen memuji usaha yang telah ditunjukkan oleh lelaki berkenaan. Malah ada juga yang menyifatkan kisah dikongsi layak menjadi sebuah inspirasi terutamanya buat anak-anak muda zaman sekarang. 

Sumber: Twitter Poxjaxx

Advertisement

 

 

Advertisement

Apa Komen Anda?