Viral

[VIDEO] Berlari Dukung Dolphin Untuk Diselamatkan, Pelajar UMT Dipuji Netizen

[VIDEO] Berlari Dukung Dolphin Untuk Diselamatkan, Pelajar UMT Dipuji Netizen

Sharing is caring!

Sesekali pasti terdengar berita tentang penemuan kehidupan laut yang terdampar di persisiran pantai sekitar Malaysia. Banyak yang menemui pengakhiran menyedihkan apabila sekelompok besar haiwan itu tidak dapat diselamatkan. Walau bagaimanapun, berbeza dengan satu kejadian baru-baru ini tatkala seekor ikan lumba-lumba yang terdampar di tepi Pantai Tanjung Gelam, Terengganu berjaya diselamatkan oleh beberapa orang pelajar universiti tempatan.

BACA: Dulu Peniaga Makanan Haiwan, Tapi Kini Dapat Beli Rantai Bernilai Sebuah Kereta

Bertindak mengalih ikan ke tempat yang lebih dalam

Menerusi video yang telah dikongsikan di laman Instagram milik @nuraimansuhaimi, dapat dilihat seorang lelaki telah bergegas mendukung ikan tersebut untuk diselamatkan. Dengan keadaan ombak yang menghempas kuat, dolphin berkenaan menghadapi kesukaran untuk berenang kembali ke lautan. Oleh sebab itu, pemuda berkenaan bertindak membawanya ke bahagian air yang lebih dalam. Mereka turut menunggu hampir 30 minit bagi memastikan haiwan tersebut betul-betul berenang pergi dan tidak terdampar sekali lagi.


[VIDEO] Berlari Dukung Dolphin Untuk Diselamatkan, Pelajar UMT Dipuji Netizen

Keadaan haiwan makin lemah, terus minta bantuan

Kumpulan pelajar jurusan Biologi Marin Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ini segera ke tempat kejadian setelah menerima panggilan daripada orang kampung pada tengah hari semalam. Menurut artikel Bernama pula, sebelumnya beberapa individu berhampiran telah berusaha mengalihkan ikan itu ke satu kawasan lebih cetek. Namun ia seperti dalam keadaan nyawa-nyawa ikan sebelum menghubungi mereka untuk meminta bantuan.

Dolphin ni ingatan kuat, dia akan ingat orang yang tolong dia

Video berkenaan telah berjaya mendapat perhatian ramai serta dikongsikan oleh pelbagai platform media sosial. Usaha-usaha yang telah dilakukan sekumpulan pelajar tersebut dan orang awam dalam menyelamatkan makhluk ciptaan Allah itu telah membuat ramai terharu. Rata-rata netizen mengucapkan terima kasih dan turut bangga dengan tindakan berkenaan. 


[VIDEO] Berlari Dukung Dolphin Untuk Diselamatkan, Pelajar UMT Dipuji Netizen [VIDEO] Berlari Dukung Dolphin Untuk Diselamatkan, Pelajar UMT Dipuji Netizen [VIDEO] Berlari Dukung Dolphin Untuk Diselamatkan, Pelajar UMT Dipuji Netizen

Sumber: Instagram Nuraimansuhaimi, Amazing Terengganu dan Bernama 

 


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!